Friday, September 7, 2012

34 Is Just A Number, Happy Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Genap 34 tahun aku diizinkan bernafas di muka bumi ini semalam 6th Sept. 

Ye aku sendiri pun hampir terlupa di buatnya. Sambil aku menyusun schedule event/ kerja/ advertorial untuk bulan ni, tup-tup Mr Big tegur 'Ai 6hb pun ada event ke, tak kan tak ingat hari apa kan?' Termangu aku sekejap depan buku planner ni dekat 10 minit sambil duk memikirkannya.

Until Mr Big suruh aku keluarkan IC dari purse dan tunjukkan kat aku then baru aku teringat kan. Ishk Melayu Memang Mudah Lupa lah. Lately ni penyakit lupa dah mula melekat sejak awal 30 an lagi dan aku rasa akan terus menular kalau aku lambat bertindak

Thank you Don

Ermm ada apa dengan 34?

Bagi aku ianya sekadar nombor yang akan berubah setiap tahun. Lifestyle tetap sama lagi, walaupun aku ni nampak cam gila-gila but I learn a lot with people around me this entire life. Mana yang elok aku ambil jadikan pedoman dan yang mana buruk aku tinggalkan sebab benda-benda begini mematangkan diri aku lagi.

Birthday Celebration?

Tak sempat pun nak buat dek sebab sibuk kan but next weeknya plan pi honeymoon untuk yang keberapa kali pun aku tak ingat dah


Harapan tahun ni?

Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Aku dah start dengar orang cakap yang aku ni mandul tak boleh beranak kan yang mana datangnya dari mulut orang yang paling respect sekali. Memang tak sangka betul, tapi apakan daya aku cuba boleh bersabar, bersabar dan bersabar. 

Kepada 142 orang kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.

I love you korang...

CLP notes : Amat susah menulis mengenai perasaan, emosi akan turut terganggu...










15 comments :

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Selamat Ulang Tahun - 34 CLP, moga lebih sukses dalam bidang blogging =)

piko ija said...

hehe..hepi besday....

boni kacak said...

selamat hari lahir CLP.. semoga dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki.. amin...

awek retro said...

happy birthday tuk kali ke2...

KiD said...

Kak jaja... 34 tu takde ape sangat.. selamat ahri jadi.. saya 10 tahun muda dari akak laa.. =)

Siti Fatimah said...

Happy Birthday To U :)
Semoga Happy Always & Have a Fabulous Day!

Btw we are same aged hihihi

hazman aka species1980 said...

betul tu beb.... as kita teruskan usaha pasti ada hasilnya...sesungguhnya kita diberikan rezeki dengan cara yang berbeza....

Ma'am IEDA said...

HAPPY BDAY, CIK LILY! Biasala bila sebok sgt semua dates yg penting akan terlupa. True enough, age is just a number, you're not getting older, you're getting wiser! May all your dreams come true, Insyaallah. Pedulik kata orang, yg penting kita tau diri kita sendiri. Senyum Sokmo!

Norma NML said...

HAppy Belated Befday n Selamat Pjg Umur..Semoga sentiasa ceria disamping hubby tercinta..

mrs adam said...

ciklily!sama besday ngan mak saya!haha.emm nmpknya tetiap tahun la saya akan ingat besday ciklily sebab sama besday ngan mak kite.hehe.
btw hepi belated besday!
eh 34 ke,kite ingat baru 30.huhu

Marya Yusof said...

As salam CikLily,

Feliz Cumpleanos! Happy Birthday! Barakallahufik...

Siapalah mulut yg busuk tu... Tak sedar ke tu semua rahsia ALLAH... tak baik betul... Cemburu agaknya dgn apa yg CikLily ada... Gambar dgn belon tu sweet & cute! Jgn rosakkan keceriaan yg ada hanya krn kata2 si 'mulut busuk' tu tau! Emo jugak ni...grrrr~~

YaNa Yassin said...

Akaaaaak, Happy belated besday. Bila nak kenduri Pizza #Eh . HHahahha

Myvitrd said...

Bila usia dah semakin meningkat ni.. memang kita mudah lupa..macam aku selalu nak isi dekat borang masih dok fikir umur aku berapa ye sekarang.. hahaha..

Apa pun happy birtdy ciklily semoga terus murah rezeki dan diberi kesihatan berpanjangan

Diana said...

Happy birthday Cik Lily Putih..

Bunga Bunga Cinta said...

Happy belated besday k.lily...

p/s : iqnore jer kata2 orang kak... biar smpai koyak mulut dia ckp kak... esok2 penat dia diam lah tuh....