Showing posts with label denaihati.com. Show all posts
Showing posts with label denaihati.com. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Dah Register Pun Ke Majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Hi Korang,

Dah lama bebudak team denaihati.com war-warkan pasal berita ni. Rasanya dah sebulan kot. Aku pun duk tunggu je bila tarikh keramat yang diorang akan buat Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 ni kan.


So semalam kan cuti, mana lah ade masa untuk duk depan laptop ni. Buang masa wokeh cutti panjang duk rumah je, baik pi outing bersama yang tersayang. Alah pi mandi laut je.

Abis mandi laut, tengah lepak-lepak kat pantai dan baik punye duk scroll tepon ni, ternampak plak notification date untuk #SBB2014 ni keluar. 

Alah orang tengah terputus hubungan dengan dunia luar, barulah diorang nak hebah-hebahkan. Apalagi cercepat nak balik kan. Kang terlambat tak de seat plak.

Sudahnya baru pagi ni aku buat bayaran coz balik semalam jem teruk kat highway, sampai rumah terus tidur dek kepenatan sakit vontot duk dalam kereta lelama sangat.

Hah, padan muka sape suruh pi holiday jejauh kan... hehehehhehehhe.

Dah jangan nak mengarut lebih ek Cik Lily Putih oit, on laptop cepat.


Terus je bukak oficial website untuk #SBB2014 ni klik sini je http://sbb.my/. Ok baca biji butir info pasal venue, date dan time. Kemudian klik pendaftaran. Baca sekali imbas dan terus buat bayaran ye.

Once dah buat bayaran, senang sket korang nak register coz bukti bayaran dah ada. Eh penting resit bayaran tuh, kang korang dah bayar tapi tak de resit cam ne nak masuk dewan kan. Jangan lupa pasti no akaun tu betul sebelum ko tekan butang transfer payment kat www.maybank2u.com.my tu ek.

Apa yang best sangat tentang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 ni?

Haruslah best. Perjumpaan secara besar-besaran blogger di Nusantara ni. Sebab apa aku kata Nusantara, sebab ada ramai blogger dari luar Malaysia pun join sekali. Eh, aku tahulah sebab aku dah pernah pi #SBB2012 ye. Kira masa tuh, first time bro denaihati buat. 


Sangat-sangat menarik perkongsiannya. Ada perkongsian ilmu dengan blogger otai-otai cam RedMummy, ben ashari, singing blogger Zarul dan ramai lagi.

Sudahlah korang boleh check it out sendiri kat http://sbb.my/ segala info yang korang nak tau. Oh ye, main sponsor untuk majlis kali ni iaitu syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad so apalagi haruslah banyak minum air Yeos kan..

Baik korang cepat sebelum penuh seat ek, coz sapa yang register awal ada weekly lucky draw tau..

Aku dah secure seat, sukerye.

Siapa yang dah register tu, jumpe di sana ye... sana...sana..sanaaaaa.....















Sunday, December 8, 2013

Kisah Banjir Di Pahang Dalam Instagram Denaihati.com

Hi Korang,

Still mood bercuti-cuti di pagi minggu ni tapi sempat gak menulis sesuatu di blog comel aku ni.

Terpanggil plak aku akan kisah banjir di Pahang ni. 

Memang sesuatu musibah yang tidak di jangka. Walaupun kita akur yang penghujung setiap tahun adalah musim banjir di seluruh negara khususnya pada negeri di pantai timur tapi kejadian bah besar yang di alami oleh negeri Pahang sekarang ini amat menakutkan.

Dengan hanya hujan yang turut tak terhenti sepanjang ermm tak silap aku lebih kurang 24 jam telah mengakibat banjir besar. Dalam sekelip mata banyak rumah-rumah di tenggelami air hingga ke bumbung, jalanraya terbelah dua akibat tanah mendap dan pelbagai lagi.

Sedih terasa dihati bila melihatkan semua gambar-gambar di paparkan di media cetak, media elektronik.

Tapi kita rakyat Malaysia memang berhati mulia.

Ramai yang turun padang menjadi sukarelawan ketika ini. Tak kira tua muda semuanya berganding bahu membantu kepada yang memerlukan.


Macam salah satu gambar di instagram bro denaihati http://instagram.com/denaihati  salah seorang kerabat Sultan Pahang sendiri, Tengku Puan Pahang iaitu Tunku Azizah Mahmood Iskandar turut berganding bahu membantu rakyatnya. Aku salah seorang pengikut TPP di instagram, memang amat kagum dengan apa yang beliau lakukan. Aku memang mengikut aktiviti beliau sepanjang masa. Tanpa mengira darjat, beliau tanpa jemu membantu memasak makanan untuk mangsa-mangsa banjir ini.

Sekejap beliau di Kuatan, sekejap lagi di Sg. Isap, petang pula di dewan mangsa banjir yang lain. Walaupun hidangan makanan yang di masak ringkas tapi aku rasa dengan air tangan beliau, dapat mengenyangkan rakyat Pahang yang didalam kesusahan.

Sesuatu yang amat mulia dan aku hormat sikap beliau ini.

Semoga Allah melindungi TPP sekeluarga dan juga mangsa-mangsa banjir di mana jua di Malaysia ni. 

Amin..

Entry ini adalah untuk contest di www.denaihati.com

Tuesday, May 7, 2013

Pilihan KEEK Blogger Terbaik Di Denaihati.Com

Hi Korang,

Bila bro Ilham post something pasal video keek kat Denaihati Network aku terus je join.

Alah suka-suka je nak bagi orang view keek aku yang tak semegah tuh.

Tup-tup tercalon plak sebagai one of the Keek Terbest Pilihan Pembaca

Tak caya, meh KLIK dan BACA kat entry di Blog DENAIHATI ni. Baca tau

Ini plak Keek yang aku buat tu

Ayam menari poco-poco sebelum makan.

So apmacam, ok ke tak?

Kalau korang rasa kelakar ke ok ke, korang boleh lah tolong VOTE penyertaan aku. Ini aku tunjuk cara nak VOTE ye

1. Klik kat (link denai hati)

2. Kat dalam entry tu ada cari perkataan SINI dan kemudian TEKAN.

3. Hah, korang dah boleh vote aku dah.

Itu je, mudah kan.

Aku tak delah harapkan kemenangan sangat for to suka-suka je. Lagipun aku rasa majoriti yang bertanding tu semuannya mempertaruhkan video anak-anak diorang, so may be diorg dapat undi lebih berdasarkan ke’cute’an their kids kan.

Lagipun sapo lah den nak di bandingkan diorg yang kaki mengejarkan alexa ranking dan pandai bermanifesto di dalam blog.

Aku ni sekadar malay lifestyle blogger picisan sekadar dipinggiran dalam blogging world ni

Hehehhehehehe

Pilihan di tangan korang!



Friday, April 19, 2013

DENAIHATI.COM Sesuai di Jadikan Rujukan Untuk Berblogging Masa Kini.


Hi Korang,

5 tahun lepas, aku tak tahu menahu langsung pasal dunia blogging ni.

Aku cuma kenal blogger mat jan yang menulis kat blog jongkang jongket dan kengkawannya kat Maskara Rumah Pena tu. Itu sahaja, not more than that.

Until 3 tahun lepas, terbukak hati plak untuk menulis di alam maya ni. Plan asal nak tulis cam diary je but saban hari niche blog dah mula bertukar dari personal kepada gaya hidup yang aku rasa bertujuan untuk berkongsi pengalaman kepada orang lain. Biasalah seronok dapat tau orang sudi komen kat entry kan.


So aku mula mencari sesuatu ilmu mengenai cara meningkatkan traffik di blog, browsing di internet sampailah aku terjumpa dengan blog denaihati.com ni.

Oit bukan main banyak ilmu blogging yang beliau curahkan dalam blog ni. Aku pun baca satu persatu slow motion. Aduh pening-pening kepala gak dibuatnya yelah terms yang baru dalam hidup aku, lepas dari tuh barulah boleh catch up mengenai apa yang tersirat disebalik yang tersurat. Tips dan teknik yang digunakan mudah nak paham bagi newbie cam aku ni.

Selain daripada entry ilmu blogging ada jugak entry mengenai isu semasa yang berlaku kat Malaysia masa sekarang ni, ok gak lah coz aku jarang baca newspaper so klik 1 Google+ye kat blog denaihati ni. Bagi korang yang kaki bola luar negara amnya dan peminat Arsenal khususnya ada gak segmen pasal kegilaan korang ni. Banyak gak yang beliau tulis, aku nak terangkan tak tau plak, maklumlah aku bukan peminat bolasepak tegar kan.


Selain daripada menulis blog, tuan punya Denaihati ni gak ada anjurkan aktiviti yang berkaitan dengan dunia blogging ni. Meh sini aku listkan, di antaranya:-



3. 1st Wordpress Workshop – Dapat pergi.

4. Sepetang Bersama Blogger 2013 – Tak dapat pergi (cuti-cuti Malaysia time tuh)

5. Projek T-Shirt Denaihati – Terlepas nak join (lambat bukak fanpages Denaihati Network time tuh)

6. Seminar Buat Duit Dengan Blog – Confirm pergi. Dah bayar pun tau.

Banyak kan, ada lagi sebenarnya tapi aku je yang tak tau kot. Hehehehhehe

So far kesemuanya yang aku pergi, banyak bagi manfaat dalam dunia blogging ni terutamanya Wordpress Workshop tuh. Dalam satu hari memacam ilmu coding HTML masuk dalam otak aku ni.

Jadi korang yang mana newbie, baru belajar nak buat blog rasanya inilah masa yang tepat untuk korang menambahkan ilmu cara berblogging dengan betul.


Seminar Buat Duit Dengan Blog

Tarikh :19hb Mei 2013 (diubah dari 4hb Mei kerana PRU 2013) 

Masa :8pagi – 1.30 petang

Tempat :Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Bayaran :RM50 seorang sehingga 15hb April 2013
               RM100 seorang selepas 15hb April 2013

Selain daripada memberi ruang kepada korang untuk belajar cara memantapkan blog ada juga sessi berkongsi pengalaman dengan para blogger yang telah berjaya menjana pendapatan menggunakkan teknik berbeza hanya melalui blog.

Itu yang korang nak sebenarnya kan.

Apa lagi yang korang tunggu. Mohlah cepat KLIK kat SINI ye untuk registration.

Nanti bolehlah kita gather-gather dan camwhoring bagai nak rak di samping menambah ilmu blogging di dada ye.

Jom la ek!...



Friday, December 7, 2012

IPhone 5 Gadget Impian : VOTE Anda Diperlukan

Hi Korang,

Meh baca jap entry yang terdahulu ni

Entry Penyertaan : iphone-5-gadget-impianku


Entry Tugasan : iphone-5-gadget-impian-teruskan-usaha (mintak tolong klik G+ kat entry ni ye)


Ok dah paham ek. Good boy!

Aku dan bersama 84 orang peserta dah pun terima tugasan yang ke 3 dari bro Denaihati ni.

Tak de lah susah mana, just kena VOTE je coz jumlah undian tu yang akan menentukan nasib ktorg ni. So right now, ramailah tengah duk berusaha meraih undi dari readers dan followers diorg kan.

Aku pun cam tu gak, walaupun undian aku ni tak berapa nak cantik sangat but I’ll NEVER GIVE UP. Bak kata bro Eizil, berjuang hingga ke titisan akhir.

So sudilah kiranya korang kengkawan aku yang baik benau ni VOTE aku ek.

Caranya :

① Masuk ke website bro Denaihati ni → http://denaihati.com/iphone-5-blogger-paling-hebat


 Klik kat UNDI SEKARANG. (Kalau korang pakai wordpress dah boleh terus undi, but yang lelain kene register dulu then baru boleh undi)

 Pilih 3 blog yang korang suka. Blog aku janganlah korang lupa ek

 Tekan HANTAR

Ermm itu je senang kan. Mudah sesangat. Kalau ada masa, mintaklah tolong VOTE tiap-tiap hari ek coz 1 hari boleh VOTE 3 blog je.


Walaupun harapan nak dapat iPhone 5 tu tak berape cun sangat but aku still akan berusaha lah dengan bantuan korang lah. Tengok orang lain punye, terbaik ooo..

Kepada yang lelain, aku akan sentiasa VOTE korang ye


Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh 









dan 



Tuesday, November 27, 2012

iPhone 5 Gadget Impian : Teruskan Usaha

Hi Korang,

Aku baru je ada masa untuk tengok entry aku pasal iPhone 5 Gadget Impian ni. 

Rupanya ramai gak yang dah klik G+ di entry aku ni.Syukur sangat, korang ni memang baik sangat. Tak tau nak cakap cam ni lagi ni.


So tadi, aku ambil masa untuk mengklik balik kengkawan yang dah klik entry aku. Bukan main ramai lagi but  I gagahkan jua walaupun internet maha lembap yang amat sangat.

Apa pun terima kasih tau korang.

Sempat gak aku check entry iPhone 5 Gadget Impian aku ni kat page berapa kan?


Rupanya di google page 2. Kira okla tu kan. So now kena kerja kuat lagi untuk jadi Top 10 lah ye.

Kepada kengkawan lain yang join contest dari Denaihati.com ni jangan bimbang ye, akan aku singgah dan klik G+ kat entry korang nanti ye..

Apa lagi, jom tingkatkan traffik la ye..



Monday, November 12, 2012

Terpilih Ke Cabaran Seterusnya Dalam IPhone 5 Gadget Impian

Hi Korang,

Berita gembira yang aku baru tau tengahari ni tadi.


Yeah, terpilih gak menjadi one of the contestant dalam Contest dari denaihati.com ni iaitu iPhone 5 Gadget Impian.

Tak caya ke?


Tengok list ye. Kan ada nama aku tuh. Wah bangga kejap tau. Ermm belum tau lagi cabaran untuk tugasan akan datang, janganlah yang susah-susah ye. Aku ni bukan pandai sangat berblogging ni.

Alah cuba-cuba nasib je, kalau tak menang tak per janji publisiti meningkat kan. 

So congrats gak 85 blogger lain yang join contest ni ye.








Monday, November 5, 2012

iPhone 5 gadget impian

Hi Korang,

This is sticky post, please scroll down for new entry...

Bila cerita mengenai iPhone 5 ni, aku terus jadi tak keruan.

Memanglah zaman sekarang ni, smartphone memang jadi satu keperluan yang rasanya lagi penting dari IC. Kalau smartphone ni tak de kat tangan, boleh gugur jantung dibuatnya.


Aku pun cam tu gak, walaupun phone aku sekarang ni separa smart tapi keinginan untuk memiliki smartphone especially iPhone 5 meluap-luap.

Bila aku terpandang entry kat blo bro denaihati.com ni, rasanya tak de salahnya kalau aku mencuba contest iPhone 5 gadget impian ni. 


Buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :

  • Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
  • Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.


So ini dia, Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.












Kenapa aku minat sangat iPhone 5.


IPhone 5 keluaran daripada Apple ini lebih upgrade dari iPhone 4. Ianya 18 % lebih nipis dan 20% lebih ringan. 

Aku minat  dengan rekabentuk dan warnanya yang esklusif serta jangkahayat baterinya yang lebih lama. Rasanya boleh tahan sehari kot even surfing the net.

Ada banyak lagi yang aku minat nak citer pasal Iphone 5 but biar aku simpan dulu lah. Yelah semua orang minatnya bukan sama pun kan.

Hopefully entry iPhone 5 gadget impian aku ni dapat dipilih untuk ke pusingan yang seterusnya.

Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh 









dan 




Wednesday, October 17, 2012

Wordpress Workshop Bersama Denaihati.Com


Hi Korang,

Blog aku ni platformnya blogspot eventho domain .com kan. Sebabnya itu je yang aku tau. Blogspot ni memang sesuai untuk blogger yang baru nak hidup dalam dunia blogging ni.

Dah 3 tahun pakai blogpost ni, dah reti sket simple coding.


Bila bro Denaihati.com offer adakan class Wordpress untuk beginner rasa cam nak join plak. Tapi masa tuh 50-50 lagi coz hari tu gak ada event di PJ One Live. Fikir balik, apa salahnya kalau ambil tahu pasal Wordpress, at least ada sedikit knowledge about it.


So aku pun pi lah. Nasib baik ada ruby jadi ktorg berdua je pompuan. Lagi 4 orang lelaki termasuk Eyriqazz dan Abang Ensem. Cikgu ktorg Eizil dan bro Denaihati tukang pemerhati.


Aku ni memang kelakar, pi kelas belajar Wordpress tapi laptop tak bawak boleh? Nasib baik tempat tuh dekat dengan rumah so lari kejap balik dan amik laptop.


Memula nak berblogging dengan Wordpress ni kita kena buat setting sket kat CP Panel. Yelah aku memang mengelabah sokmo bab coding2 ni. Otak cam lembap2 je maklumlah hari sabtu masa tuh, nasib baik minum aku Biocypress terus cergas semula. Rupanya setup kat CP Panel ni sekali je, pas tu dah tak yah.


Once dah set up dah boleh start blogging. Alah lebih kurang blogspot juak but featuresnya lagi senang dan sangat menarik. Korang bayangkan dari sekeping gambar yang diupload kita dah boleh tingkatkan trafik blog.

Aku jugak belajar cam mana nak crack password kat laptop dan PC. Mak ai, masa tengah belajar tu bukan main suka lagi so lepas ni bolehlah aku bukak password FB Mr Big kan. Hkahakhakhakah

Anyway memang bagus jugak kalau korang dapat attend blogging workshop sebegini, at least bukak mata korang sket tentang dunia berblogging kan. Bila fikir balik, rasanya aku cam nak tukar ke Wordpress platform plak lah but now tengah survey hosting mana yang sesuai dengan blog aku ni. Ramai yang recommend ServerFreak coz of after sales servicesnya yang bagus. Ermm ntahlah still berfikir lagi ni.

Overall workshop ni best coz memacam benda yang aku dapat tentang blogging ni. Selain dari cara nak tingkatkan trafik blog, aku belajar gak tengok statistik blog dan memacam lagi lah.