Showing posts with label Seminar wordpress. Show all posts
Showing posts with label Seminar wordpress. Show all posts

Friday, April 19, 2013

DENAIHATI.COM Sesuai di Jadikan Rujukan Untuk Berblogging Masa Kini.


Hi Korang,

5 tahun lepas, aku tak tahu menahu langsung pasal dunia blogging ni.

Aku cuma kenal blogger mat jan yang menulis kat blog jongkang jongket dan kengkawannya kat Maskara Rumah Pena tu. Itu sahaja, not more than that.

Until 3 tahun lepas, terbukak hati plak untuk menulis di alam maya ni. Plan asal nak tulis cam diary je but saban hari niche blog dah mula bertukar dari personal kepada gaya hidup yang aku rasa bertujuan untuk berkongsi pengalaman kepada orang lain. Biasalah seronok dapat tau orang sudi komen kat entry kan.


So aku mula mencari sesuatu ilmu mengenai cara meningkatkan traffik di blog, browsing di internet sampailah aku terjumpa dengan blog denaihati.com ni.

Oit bukan main banyak ilmu blogging yang beliau curahkan dalam blog ni. Aku pun baca satu persatu slow motion. Aduh pening-pening kepala gak dibuatnya yelah terms yang baru dalam hidup aku, lepas dari tuh barulah boleh catch up mengenai apa yang tersirat disebalik yang tersurat. Tips dan teknik yang digunakan mudah nak paham bagi newbie cam aku ni.

Selain daripada entry ilmu blogging ada jugak entry mengenai isu semasa yang berlaku kat Malaysia masa sekarang ni, ok gak lah coz aku jarang baca newspaper so klik 1 Google+ye kat blog denaihati ni. Bagi korang yang kaki bola luar negara amnya dan peminat Arsenal khususnya ada gak segmen pasal kegilaan korang ni. Banyak gak yang beliau tulis, aku nak terangkan tak tau plak, maklumlah aku bukan peminat bolasepak tegar kan.


Selain daripada menulis blog, tuan punya Denaihati ni gak ada anjurkan aktiviti yang berkaitan dengan dunia blogging ni. Meh sini aku listkan, di antaranya:-



3. 1st Wordpress Workshop – Dapat pergi.

4. Sepetang Bersama Blogger 2013 – Tak dapat pergi (cuti-cuti Malaysia time tuh)

5. Projek T-Shirt Denaihati – Terlepas nak join (lambat bukak fanpages Denaihati Network time tuh)

6. Seminar Buat Duit Dengan Blog – Confirm pergi. Dah bayar pun tau.

Banyak kan, ada lagi sebenarnya tapi aku je yang tak tau kot. Hehehehhehe

So far kesemuanya yang aku pergi, banyak bagi manfaat dalam dunia blogging ni terutamanya Wordpress Workshop tuh. Dalam satu hari memacam ilmu coding HTML masuk dalam otak aku ni.

Jadi korang yang mana newbie, baru belajar nak buat blog rasanya inilah masa yang tepat untuk korang menambahkan ilmu cara berblogging dengan betul.


Seminar Buat Duit Dengan Blog

Tarikh :19hb Mei 2013 (diubah dari 4hb Mei kerana PRU 2013) 

Masa :8pagi – 1.30 petang

Tempat :Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

Bayaran :RM50 seorang sehingga 15hb April 2013
               RM100 seorang selepas 15hb April 2013

Selain daripada memberi ruang kepada korang untuk belajar cara memantapkan blog ada juga sessi berkongsi pengalaman dengan para blogger yang telah berjaya menjana pendapatan menggunakkan teknik berbeza hanya melalui blog.

Itu yang korang nak sebenarnya kan.

Apa lagi yang korang tunggu. Mohlah cepat KLIK kat SINI ye untuk registration.

Nanti bolehlah kita gather-gather dan camwhoring bagai nak rak di samping menambah ilmu blogging di dada ye.

Jom la ek!...



Wednesday, October 17, 2012

Wordpress Workshop Bersama Denaihati.Com


Hi Korang,

Blog aku ni platformnya blogspot eventho domain .com kan. Sebabnya itu je yang aku tau. Blogspot ni memang sesuai untuk blogger yang baru nak hidup dalam dunia blogging ni.

Dah 3 tahun pakai blogpost ni, dah reti sket simple coding.


Bila bro Denaihati.com offer adakan class Wordpress untuk beginner rasa cam nak join plak. Tapi masa tuh 50-50 lagi coz hari tu gak ada event di PJ One Live. Fikir balik, apa salahnya kalau ambil tahu pasal Wordpress, at least ada sedikit knowledge about it.


So aku pun pi lah. Nasib baik ada ruby jadi ktorg berdua je pompuan. Lagi 4 orang lelaki termasuk Eyriqazz dan Abang Ensem. Cikgu ktorg Eizil dan bro Denaihati tukang pemerhati.


Aku ni memang kelakar, pi kelas belajar Wordpress tapi laptop tak bawak boleh? Nasib baik tempat tuh dekat dengan rumah so lari kejap balik dan amik laptop.


Memula nak berblogging dengan Wordpress ni kita kena buat setting sket kat CP Panel. Yelah aku memang mengelabah sokmo bab coding2 ni. Otak cam lembap2 je maklumlah hari sabtu masa tuh, nasib baik minum aku Biocypress terus cergas semula. Rupanya setup kat CP Panel ni sekali je, pas tu dah tak yah.


Once dah set up dah boleh start blogging. Alah lebih kurang blogspot juak but featuresnya lagi senang dan sangat menarik. Korang bayangkan dari sekeping gambar yang diupload kita dah boleh tingkatkan trafik blog.

Aku jugak belajar cam mana nak crack password kat laptop dan PC. Mak ai, masa tengah belajar tu bukan main suka lagi so lepas ni bolehlah aku bukak password FB Mr Big kan. Hkahakhakhakah

Anyway memang bagus jugak kalau korang dapat attend blogging workshop sebegini, at least bukak mata korang sket tentang dunia berblogging kan. Bila fikir balik, rasanya aku cam nak tukar ke Wordpress platform plak lah but now tengah survey hosting mana yang sesuai dengan blog aku ni. Ramai yang recommend ServerFreak coz of after sales servicesnya yang bagus. Ermm ntahlah still berfikir lagi ni.

Overall workshop ni best coz memacam benda yang aku dapat tentang blogging ni. Selain dari cara nak tingkatkan trafik blog, aku belajar gak tengok statistik blog dan memacam lagi lah.