Friday, May 2, 2014

Siri-Siri Sejarah Unik di BIG HISTORY Channel ASTRO Ch555 & Ch757


Hi Korang,

Aku kureng bab sejarah ni, sebab tu time kat sekolah subjek sejarah aku selalu cabut kelas sebab tu tak minat tapi tak delah fail teruk sangat dalam SPM. Still ok lagi but cukup-cukup makan je.


Banyak sangat fakta kena ingat, tahun lah, siapa nama pejuan lah, apa nama perang ishk tak kose mak noks.




Tapi bebudak sekarang best, yang mana tak minat sejarah tu ada alat bantuan belajar yang awesome sekali, korang just tengok kat TV je. Daripada siaran TV tu, korang dah boleh paham sejarah-sejarah lama kan. Lately ni banyak rancangan TV yang berunsurkan sejarah berinteraktif bagi para pelajar ni.

Macam kat Channel ASTRO Ch555 & Ch757 ni, ada siaran siri baru , BIG HISTORY yang menghubungkan peristiwa ikonik dalam kehidupan seharian kita, lalu menggabungkan pengetahuan sejarah dengan sains.


“BIG HISTORY adalah siri yang memberikan perspektif baru kepada para penonton mengenai bagaimana peristiwa-peristiwa dahulu, walaupun ianya berlaku lama sebelum mereka dilahirkan, adalah sebenarnya dan tidak dapat dinafikan relevan kepada mereka pada hari ini” kata Hazel Yap, Pengarah Komunikasi Pemasaran, A+E Networks Asia.


Aku sempat saksikan Big History Inter-Campus Challenge anjuran HISTORY baru-baru ni di Petrosains KLCC. Pertandingan ini di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap yang menyatakan bahawa beliau percaya, pendidikan berkualiti akan mencipta individu terdidik yang dapat memberi sumbangan positif kepada masyarkat lantas mewujudkan Negara yang sejahtera.

The top 4 BIG HISTORY Inter-Campus Quiz Challenge with the honourable VVIPs

19 pasukan kolej dan university mengambil bahagian dalam Inter-Campus Quiz Challenge di mana mereka bertaruh bagi menguji pengetahuan mereka dalam pengetahuan sejarah dan sains demi merebut peluang memenangi hadiah-hadiah heabt seperti Apple TV, Kindle, Chrome Cast dan baucar buku.

So pemenangnya adalah :

BIG HISTORY Inter-Campus Quiz Challenge – 
Top 4 Winners


1st Place : Team Sunway P4 from Sunway University College

2nd Place : Team Viva La Ciencia from Taylor’s College Subang Jaya

3rd Place : Team The Countesses from Petaling Jaya Creative Art and Design (PJCAD)

4th Place : Team Sieg from Taylor’s College Subang Jaya

Some of the primary school students during one of the activities at the Hot Science area at Petrosains

Beberapa tajuk utama daripada Big History seperti sejarah kopi, telethon dan matahari kini dipaparkan di Bahagian Hot Science di Petrosains, The Discovery Centre sehingga 30 Mei 2014.

Big History disiarkan secara eksklusif di Malaysia melalui saluran Astro pada setiap Selasa, jalan 8 malam di saluran HISTORY™ (Astro Ch555) dan HISTORY HD™ (Astro Ch757)

Mr Big minatlah rancangan cam ni, dia kata memang menambah ilmu coz kita dapat belajar sejarah nenek moyang kita. Aku? ermm payah sket but tengok gak lah nanti sebab ada citer pasal kopi.

2 comments :

hazman fadzil said...

channel yang bukan je bagus untuk budak sekolah bagi orang dewasa macam kita pun ada manfaatnya

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...mmg terbaik...:)