Wednesday, May 28, 2014

Makan Mee Hailam Enak Di Pak Hailam Kopitiam


Hi Korang,

Kalau pi kopitiam je, mesti korang ingat aku akan order kopi kan. 

Ermm selalu sangat kopi boring jugak lah. Kekadang minum air lain gak, ikut tekak lah.

Macam hari ahad lepas, akibat tak dapat masuk area Putrajaya coz nak pi shopping kat Jom Heboh kan, ktorang membawa hati yang lara ke Kajang ni je. Sebenarnya geram tak dapat nak pi beli makanan murah-murah kan, so Mr Big cakap jejalan kat Kajang je lah lagipun lama dah tak ke sana.

Abis tawaf satu Metro Kajang ni, ktorang duk chillax kat kopitiam ni.

Ingatkan nak makan simple snack macam roti bakar dan teh tarik kan, ermm punah harapan. Sampai je depan kaunter, bertukar jadi lapo plak bila tengok gambar makanan kat menu tuh.

3 layer tea


mee hailam

Sudahnya aku order mee hailam dengan 3 layer tea je. Mr Big makan bubur ayam dan kopi ais. 



Tengok bawangnya, mak datuk bukan main banyak lagi dan rasa macam makan laksa pun ada. Aku kutip semua dulu termasuk dengan timun-timun sekali. Letak tepi then baru makan ye. 

Makan-makan sambil borak-borak sambil tengok finale Piala Thomas 2014. Aduiyai sakit benau hati lah. Sampai malas nak citer..

Ermm ok lah selamat makan korang...

10 comments :

syira yaya said...

Sedapnyaaa :-)

morata lai sizuka said...

banyaknya bawang.. huhuhuuu.. sayapun tak sanggup makan.

Rinna said...

Sedap teh 3 layer tuh..

Sally Samsaiman said...

kat tingkat atas tu kak ek? hehehe... :D

Ema Johari said...

terliur pulak tengok mee hailam tu...walhal perut masih kenyang.

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...sedapnya makan2...;)

bibi yusof said...

Sedap x? Nampak cam rojak memula...

Amanda Suria said...

sedap x mee hailamnya tu...SA kalau makan laksa jer buang segala mak nenek yang banyak tu...kalau mee hailam..x pernah lagi tgok banyak bawang ngan timun...

Master Maira said...

Menyelerakan la makanan....sedapnya...

salam kenalan..hihi

Hazmin Hamudin said...

Lain macam pulak rupa mee hailam tu ye.