Tuesday, May 27, 2014

Pisang Raja Udang, Ermm Boleh Makan Ke?


Hi Korang, 

Masa aku balik kampung hari tuh, terjumpa plak aku dengan Pisang Raja Udang ni.


Giler arrr, pisang nama raja tuh. Siap 2 kali aku tanya mak aku kan. 

Memang payah nak jumpa pisang warna merah hati ni. Kat area kampung aku memang tak de. Ini pun pak ngah aku bawak balik dari Janda Baik. Dia pi mandi sungai hari tuh dengan family dia, tup-tup dia nampak orang kampung jual pisang ni banyak. Terus dia beli sebakul beso. Konon nak buat sedekah lah.


Tup-tup bila bawak balik kampung, orang kampung sini plak takut nak makan coz dipercayai kalau orang yang ada penyakit kulit makan akan bertambah teruk jadinya.

Ishkk ye ke?

Itulah mak aku citer. Cian gak kat pak ngah aku sebab niat dia tu orang salah erti plak.

Sudahnya mak aku bawak balik rumah buat makan sket dan selebihnya bagi monyet belakang rumah ni makan..


Tapi elok je plak aku makan pisang ni, sedap pun sedap.

Ermm orang kampung, biasalah mitosnye lebih banyak daripada fakta kan..




12 comments :

FARAH deeb said...

Okeh baru tau ade effect tapi kalau ade bukti sains baru kite tak makan kot! Selagi takde bukti bedal hajer! Hahaha.. tp mmg taknah jumpa lagi pisang ni apetah lagi nak memakannye uhuks. bak mai seketui ngee...Jemput singgah: Dulu lain, sekarang lain.. Iye ke?

Afasz said...

tk pernah tgk pisang ni. jadi nye tak pernah makan la . hehe

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...x pernah jumpa lg pisang ni...:)

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

cm takot jeee...

Mak Lagenda said...

Errr..blh mkn eyh pisang ni! Sejak dr kecik lg yg mak tau mmg x leh mkn..tp tatau la apa sbb pulak x leh mkn.

Amanda Suria said...

orang2 tua memang ada je kepercayaan diorang..rasanya ok je kot makan pisang ni...just x tau bila time masak cane kalernya...sama ke?

amshaheezad eidham said...

Assalam. Keturunan saya, dilarang makan pisang raja ni. Kalau makan, pemakan tersebut akan menghidap penyakit kulit. Agak serius sebab saudara terdekat pernah kena pada tahun 2012. Satu badan penuh kayap. Sampaikan kayap2 bercantum dan dilihat seperti tali pinggang. Tak semua orang boleh makan pisang ni. Ada sesetengah keturunan. Sekian.

Nik Hasri said...

Penah jumpa cuma xpenah makan pisang cenggini...info berguna yang baik amalkan y buruk buang tepi

Anonymous said...

Keturunan kami tak boleh makan pisang nie :)

hafizi yanis said...

Keturunan apa yg xbleh mkn pisang ni ye?

hafizi yanis said...

Keturunan apa yg xbleh mkn pisang ni ye?

Laici said...

Keturunan beruk makye