Friday, May 2, 2014

Buffet Ramadhan 2014 @SIME DARBY Convention Centre (SDCC)


Hi Korang,

Ini kira first time ramadhan review untuk tahun 2014 ni. Yesza, I love makan!


Sime Darby Convention Centre (SDCC) mendahului hotel dan restoran yang lain dalam menghidupkan kemeriah suasana berbuka puasa dengan mengadakan preview juadah Ramadhan 2014.







Bertemakan Sajian Tradisi, buffet Ramadhan ini menawarkan harga berpatutan di samping menghidangkan pelbagai juadah tradisi yang menepati citarasa masyarakat berbilang kaum.










Buffet yang bakal dihidangkan akan mempamerkan 30 gerai ala ‘warung’ yang menyajikan makanan kegemaran ramai seperti Sizzling Claypot, Aneka DimSum, La Mian(mee tradisional), Tandoori Chicken, Kari Kepala Ikan Mangga Muda, Gulai Kawah Tetel, Siput Sedut Lemak Cili Api, Satay dan ikan Bakar adalah Antara masakan tempatan yang akan disajikan.
















Untuk rasa antarabangsa, nantikan Mexican Fajitas yang dihidangkan bersama Jalapenos dan Roti Ban Pistachio, Kambing Panggang Lada Hitam, English Smoked Beef Ribs, Braised Lamb Shanks yang akan dihidangkan secara bergilir.

pelbagai jenis lemang (lemang puluthitam, lemang jagung,lemang biasa)  bersama rendang ayam kampung

mocha milkshake

sizzling yee mee

ais krim goreng

pelbagai jenis dumsum

Untuk buffet ‘Sajian Tradisi’ ni, ianya bermula dari hari pertama bulan Ramadhan dari 6.30petang hingga 10.30 malam.

Harga buffet ramadhan di Sime Darby Convention Centre ni adalah

RM80++ untuk dewasa

Ok ada berita baik untuk korang yang kaki makan ni, korang boleh beli Ramadhan voucher tau.

Dari 1hb Mac 2014 – 31hb Mei 2014 – 
RM59nett untuk seorang

Dari 1hb Jun 2014 – 29hb Jun 2014 – 
RM69nett untuk seorang

Ermm nampak tak, betapa untungnya korang beli voucher sekarang kann. Masih sempat lagi ni nak dapatkan harga murah.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2089 3799 / 3688 atau email kepada EHalia@simedarby.com atau enquiries@simedarby.com Tempahan di buka sekarang tau.

Jom kita ke


Sime Darby Convention Centre
1A, Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur

Tel : 03- 2089 3688



Seperti tahun-tahun sebelumnya, Sime Darby Convention Centre membei peluang untuk para pelanggan menjamah sample juadah Ramadhan yang dijual untuk dibawa pulang. Bazaar Ramadhan 2014 akan dibuka dari jam 3 hingga 5 petang setiap hari dengan harga berpatutan dan yang mampu dibeli ramai iaitu serendah RM5 ke atas.

Bagi aku worth it sangat kalau korang beli voucher tuh. Murah bebenau, mana tau nak family reramai rasa buka puasa kat luar kann. Aku pun ada beli gak, alah tak banyak jadilah nak bawak family aku pi makan kan.

5 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah sedapnya bila tengok siput sedut tu...nak cari n nak masak la esok...:)

Sherry said...

love your blog pics with many food :D

hungry..

namesherry.com

kakchik@ella said...

Wahhh Cik Lily .. bestnya 'variety' Buffet dia. Sangat menyelerakan dan menggoda 'tummy'

Aisy Nasiha said...

Wah..menariknya pilihan makanan yg ada.kena bincang dulu ni kalau masa sesuai boleh juga bwli baucar ni..

hazman fadzil said...

Wow.... memang gempak la beb - offer yang kategori masih murah dengan semua menu yang sangat best tu