Tuesday, May 13, 2014

"Oh My English!" Musim Ketiga Kini Kembali


Hi Korang,

Siapa yang tak pernah tengok "Oh My English!" (OME!) sebelum ni? Ermm tipu sangat kalau tak pernah tengok kan.


Berikutan kejayaan siri "Oh My English!" (OME!) musim pertama, kedua, "Oh My Ganu!" dan "OME! Hello America", kini siri hiburan pendidikan popular ini bakal kembali dengan musim ketiga.


Musim terbaru ini bakal menyaksikan para pelajar kelas 3 Merah telah meningkat setahun dewasa tatkala mereka memulakan semester yang baru di dalam kelas 4 Merah. Watak-watak kegemaran korang seperti Jibam, See Yew Soon, Mazlee, Anusha, serta guru-guru kesayangan mereka Mr Henry Middleton dan Cikgu Ayu akan kembali dalam musim ni dengan kisah serta jalan cerita yang lebih segar.




"OME!" musim ketiga bakal menyaksikan barisan bakat baru dan juga veteran yang sangat berpengalaman dalam industri hiburan. Pelakon terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy akan bergandingan dengan seorang pelakon yang melonjakkan namanya menerusi lakonan mantap dalam drama "Adam & Hawa" iaitu Nadiya Nisaa.

Selain itu, pelakon jelita tanah air yang berjaya mencipta nama menerusi lakonan beliau dalam beberapa siri drama Filipina iaitu Carmen Soo juga akan turut serta di dalam siri ini bersama pelakon komedi yang hebat iaitu Rahim R2.


Malah "OME!" juga akan memperkenalkan bakat-bakat baru yang semakin meningkat naik antaranya Amyra Rosli, Shafiq Kyle, Juzzthin dan juga Sherry Alhadad yang pastinya akan menyuntik kemeriahan dengan telatah dan gelagat mereka di samping mengetengahkan elemen pendidikan dan juga pengajaran nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada rancangan ini.



Selain daripada barisan pelakon utama yang sedia ada, terdapat ramai selebriti popular tanah air yang akan turut membuat penampilan khas sepanjang musim baru ini antaranya Faizal Hussein, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare yang pastinya akan menggamatkan lagi suasana. Pastikan anda terus menonton kesemua 23 episod untuk musim ketiga ini bagi mengetahui watak yang akan dibawa oleh barisan pelakon baru dan penampilan khas ini.

Menurut Naib Presiden Perniagaan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, "Kami di Astro begitu komited dalam memenuhi kehendak para penonton kami yang terdiri dari pelbagai golongan termasuklah golongan belia seperti para pelajar sekolah rendah dan menengah. 


"Janji kami untuk membekalkan rangkaian program televisyen yang relevan dan menarik telah terbukti menerusi penyiaran siri "Oh My English!" yang bukan sahaja menghiburkan malah menjadi sebuah alat bantuan pembelajaran Bahasa Inggeris di luar bilik darjah yang berkesan. "Oh My English" diterbitkan dengan kaedah yang interaktif dan mudah difahami serta sesuai untuk tontonan ibu bapa, para pelajar dan seluruh ahli keluarga".


"Oh My English" musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam, bermula dari 18 Mei secara eksklusif di Astro TVIQ (saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (channel 135).


Selain itu, para peminat boleh mendapatkan kandungan pengajian Bahasa yang lebih mendalam meliputi kosa kata, tatabahasa, sebutan, peribahasa dan banyak lagi melalui variasi permainan dan aktiviti dengan melayari www.ohmyenglish.com.my. Korang juga berpeluang untuk berjumpa dengan watak-watak kegemaran mereka secara langsung melalui pelbagai aktiviti seperti jerayawara, sesi beramah mesra dengan peminat, ‘OME DayOut’ dan lain-lain lagi.



4 comments :

hazman fadzil said...

whoaaa.... ahad nie kena standy depan tv laa.... OH MY ENGLISH ....BEST

Amanda Suria said...

Fav dania ngan si kembar ni...

Ema Johari said...

mula tu tak layan...sekali tengok rupanya best juga Oh My English ni.

lieyalatif said...

eh lieya suke gak layan cite oh my english nie...tgk ngan anak2 tapi kite yg over layan haahahah sbb lawak2...suke jibam tu....