Wednesday, May 7, 2014

Mary Quant Beauty Workshop

Hi Korang,



Since ahad hari tuh, tak de menda nak buat so aku purposely sign up untuk pi beauty workshop dari jenama Mary Quant ni. Memang first time aku dengar pasal jenama ni, rupanya dah lama dah wujud tau.


About Mary Quant
Launched in 1966, Mary's colourful, revolutionary cosmetics defied contemporary makeup conventions. Mary proposed the idea of “no-rules makeup": makeup to be enjoyed based on one's favourite colours and mood at the time. Mary's colours have a mysterious ability to complement any outfit, in any era.



Korang tengoklah dah berpuluh tahun produk kecantikan Mary Quant ni ek. Nampak sangat aku bukan beauty blogger tegar. Im not that junkie enough just for fun je, belajar make-up ni.


Petang tuh, a makeup artist Ms Takaki yang memberi tunjuk ajar cara solekan yang betul. Dia ni one of orang kuat Mary Quant, yelah dah kerja hamper 7 tahun. Of course banyak pengalaman mengenai teknik solekan ni.

Jangan banyak membebel, jom kita start belajar ye.


Step 1: Bersihkan muka dulu. Kemudian sapukan skincare harian korang macam toner, essence, moisturizer, emulsion dan barulah letakkan make-up base iaitu:-


- Oil Zap. Ia berfungsi untuk mengawal minyak di muka. Kira menghalang makeup jadi luntur dan tak cantik gitu. Orang bermasalah kulit berminyak memang tau lah apa perasan bila baru pakai make-up sekejap tup-tup keluar minyak kan, lagipun boleh cover pores. Sapukan Oil Zap ni di kawasan T zone iaitu area hidung dan dahi atas kening tu lah.


- Moisture Zap merupakan make-up base yang berfungsi macam beauty serum gituh. Orang kulit normal dan kering pakai yang nil ah. Sapukan di muka but make sure jangan sapu kat tempat yang dah letak Oil Zap tadi, kang pelik-pelik jadinya.


Step 2: Sapukan dark circles bawah mata tuh dengan Eye Gloss Treatment. Ia merupakan foundation mata yang khusus untuk kawasan lembut dan kering sekitar mata. Bukan setakat cover mata panda tuh, malah boleh cantikkan eyeshadow nanti.



Step 3: Sapukan muka dengan Smoo Make Powder Foundation. Ianya merupakan foundation yang dapat mengawal kadar kilatan muka dan mampu membuat kulit muka berseri. Ada 8 pilihan warna yang bersesuaian dengan korang.



Step 4: Kemudian letakkan Mary Quant Loose Face Powder untuk buatkan solekan kita tu nampak cerah dan pori-pori nampak cam kecik gituh. Ada 4 tona mengikut warna kulit korang.

Abis dah make-up base punya citer, nau baru boleh start solekan mata, pipi dan bibir ye.



Step 5: Mari lukis kening dengan perfect brows with Mary Quant Brow Line that comes in 3 shades - Charcoal grey, Chestnut Brown and Camel Brown. It is waterproof!



Step 6: Serikan mata dengan Eye Opener Powder Eye Shadow. Banyak betul pilihan warna yang bersesuaian dengan korang. Tekstur lembut dan rasa velvet sket.

Step 7: Lukiskan garis tepi mata guna Outline Colour Pencil! Ada 19 jenis warna da nada yang boleh digunakan untuk melukis garis bibir gak tau. Waterproof lagi.


Step 8: Sapukan Mary Quant Action Lashings kat bulu mata korang. Kalau korang tengok beruh bulunya agak special sket. Ada 7 jenis pilihan warna yang boleh buatkan mata korang bukan main cantik lagi.



Step 9: Letakkan Mary Quant Blush Baby kat pipi yeah. Ada 14 warna yang korang boleh pilih. Cara pakai blusher, sapukan dengan tulang pipi yang tinggi dan turun ke bawah sambil senyum


Step 10: Sapukan Mary Quant Moisture Rich Lipstick kat bibir. Ada 20 ton warna. Nak yang biasa, yang merah menyala, soft pink ermm memacam lah.


Step 11: Tambahkan shinning kat bibir dengan Mary Quant ColourShine for Lips. Barulah nampak bersinar-sinat kat bibir kan.

Hah ko, banyak betul procedure teknik solekan ni ek. Alah memula nampak cam susah je but kalau korang hari-hari practice lelama sekejap je coz dah pandai kan. Dah tau cam ne teknik yang cepat lagi mudah.


Aku ni boleh bermake-up pi kerja tapi kalau asyik berjemur kat panas je so malas nak makeup sangat. Janji ada sedikit warna kat muka pun dah rasa ceria dah.



Seronok belajar makeup dengan Ms Takaki ni. Dia akan cuba bantu ktorang kalau macam apa yang ktorang tak tau nak buat ke, tak paham ke kan. Very helpful tau.


Korang boleh check it out produk Mary Quant ni di Muse by Watsons kat Sunway Pyramid tak pun layari website di http://www.maryquant.co.uk

Terima kasih kat Manoah dan Mary Quant for this event. Don thank you tau…


5 comments :

hazman fadzil said...

next time kalu ko buat video tutorial make up mesti lagi gempak...

ietams said...

berkenan tengok eyeshadow tu..
pstt.pstt.. makin berseri la cik lily ni skrg..

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...suka tengok barang2an makeup ni tapi tak pernah beli pun...;)

Amanda Suria said...

selain dari beljara mekap..boleh tambah2 kawan2 kan...

Miss Ika said...

wahhh hari tu dpt invitation untuk ke workshop ni tapi x leh pi sbb kat ika kat penang