Thursday, May 29, 2014

Bahang Fenomena Mega EH EH BAZAAR 2014 Kini Semakin Hampir

Hi Korang,

Ingat lagi dengan entri EhEhBazaar2014 aku yang hari tuh? 

Yesza, yang tuh lah.

Tinggal tiga minggu saja lagi untuk kita semua memeriahkan sejarah bazaar terbesar di Malaysia, Eh Eh Mega Bazaar 2014 yang menghimpunkan lebih 1000 vendor termasuk lebih 50 selebriti terkenal.


Bayangkan betapa meriahkan bazaar anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang ini?

Kenapa kita perlu pergi? Kerana hanya di sini saja sepanjang dua hari kesemua vendor akan memberikan diskaun istimewa selain menawarkan pelbagai pakej jualan dengan hadiah istimewa kepada semua yang datang 'bershopping'. 

Malah kesemua selebriti terkenal seperti Neelofa, Yana Samsudin, Adi Putra, Adira, Hanez Suraya, Eira Syazira, Ameer (Forteen), Kaka Azraff, Rosyam Nor, Sharol Shiro, Afdlin Shauki dan ramai lagi akan turut sama menemani anda semua untuk membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri di booth mereka. 

Mega EH EH Bazaar 2014
(Bazaar Usahawan Melayu Online) 
Terbesar Di Malaysia

Tarikh : 21hb dan 22hb Jun 2014 (Sabtu – Ahad)

Masa : 11 pagi – 7 malam

Tempat : Malaysia Agro Exposition Park Serdang, MAEPS

Pihak penganjur sendiri sudah pun mengaturkan pelbagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah kepada mereka yang hadir pada 21 dan 22 Jun depan. 

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Puan Iffah Zaimi, hanya tinggal 50 booth saja yang masih kosong untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

"Kami akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik bagi mereka yang hadir seperti cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah istimewa termasuk barangan elektrik dan pakej percutian, sesi minum petang ekslusif dengan selebriti terkenal dan macam-macam lagi

"Hanya tinggal 50 ruang niaga yang kosong dan ramai-ramai hadir untuk memeriahkan Mega Bazaar 2014 ini nanti," katanya. 



Jangan tunggu lagi dan fikir panjang. Dapatkan gerai anda sekarang dengan menghubungi +60 12 292 0131 atau ikuti kami di laman instagram @ehehbazaar. 

Jumpa anda di sana!

2 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...seronoknya kalau dekat boleh berniaga juga...;)

Vogue with style said...

Hi ciklily entri yg lepas ada bgtau boleh reg ngan ciklily..masih available lg ke tapak nye?boleh email nur.farrahanie@yahoo.com.my jika ada terima kasih