Thursday, May 22, 2014

REVIEW | Filem Legends of Oz : Dorothy’s Return

Hi Korang,



Last week amik cuti untuk jemput Mr Big balik umrah kat airport tapi sebelum tuh sempat jugak aku pi menonton preview filem Legends of Oz : Dorothy’s Return. Alah cerita kanak-kanak masa dulu-dulu tapi still famous sampai sekarang tau.


Meh layan sket sinopsis filem ni ek:-

Masih segar di ingatan Dorothy tentang pengembaraan yang menakjubkan ke bumi Oz. Namun, kini dia kembali untuk sebuah lagi pengembaraan yang mencabar! Setelah sedar dari kejadian ribut taufan di Kansas, Dorothy (Lea Michele) dan Toto telah dibawa semula ke bumi Oz melalui pelangi ajaib yang telah diutuskan oleh rakan-rakan lama mereka iaitu Scarecrow (Dan Aykroyd), the Lion (Jim Belushi) and the Tin Man (Kelsey Grammer). 




Putaran masa dibumi Oz jauh lebih pantas berbanding Kansas sehingga Dorothy menyedari Jester (Martin Short) – abang kepada Wicked Witch of the West yang penuh tipu muslihat – telah menawan bumi Oz daerah demi daerah. Jester telah menangkap setiap ketua kawasan dan meninggalkan daerah tersebut di dalam sumpahan kegelapan. Glinda (Bernadette Peters) tidak mampu untuk menentang kuasa jahat Jester maka Dorothy adalah pengharapan mereka yang terakhir. 


Setibanya Dorothy di bumi Oz, dia telah mengatur strategi untuk ke Emerald City dan berjumpa kembali dengan rakan-rakan lamanya seperti Wiser the Owl (Oliver Platt), Marshal Mallow (Hugh Dancy), China Princess (Megan Hilty) dan Tugg The Tugboat (Patrick Stewart) sekaligus bergabung kekuatan dan kuasa untuk menentang kejahatan Jester. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah yang disangkakan. Jester amat licik di dalam memerangkap kemaraan Dorothy. 

Berjayakah si Dorothy menyelamatkan kengkawannya dan Emerald City? ermm mana boleh citer, tak syiok la nanti kan.


Bagi aku:-

Ermm straight forward jalan ceritanya. Mudah nak faham. Korang kena tengok filem terdahulunya then baru korang boleh selami lebih dalam lagi watak-watak utama dalam filem ni. Pengembaraan si Dorothy ni lagi lebih mencabar dengan nak melayan kerenah kawan-kawan yang baru je dia kenali. Banyak unsur-unsur nasihat dan kesan positif yang diterapkan di dalam filem ni. 

Tambah kelakar lagi gelagat kengkawan baru Dorothy ni, cuba korang bayangkan burung hantu gemuk first time terbang, lawak giler...

Memang amat sesuai di tonton sesi keluarga di musim cuti sekolah akan datang ni nanti.


Legends of Oz : Dorothy’s Return


Tarikh tayangan : 5 Jun 2014
Genre : Animasi / Muzikal / Famili
Durasi : 1 jam 28 minit
Klasifikasi : U
Bahasa : Bahasa Inggeris 
Sari kata : Bahasa Melayu dan Bahasa Cina
Pengarah : Will Fin dan Daniel St. Pierre
Lakon Layar : Randi Barnes and Adam Balsam
Penerbit : Bonne Radford, Ryan Carroll and Roland Carroll
Pengedar : Senspec Publishing Sdn Bhd

Selamat menonton korang...





8 comments :

Farah Waheda Wahid said...

kalau ash dah besar nak gak bawak dia ni kak... hew hew hew...

Hanim Hashim said...

macam banyak karakter baru yang dimasukkan dalam filem ni :))

Cik Aann said...

ni fav I tau..mesti tengok lah nanti ni..

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP....wah bestnya dpt pi tengok cite ni...:)

JunAina said...

Best jugak kan sesekali layan wayang cerita2 kartun nih.

Cik Sal said...

Salam

Ni feveret movie saya masa kecik2

masa tu teringat witch naik penyapu

suka sangat2 movie ni

sangat sedih tengok org tin tu dulu

kena letak minyak pelincir nak kasi hidup

hehehe

tqvm for this review

walaupun dah ada yg nafaq baru still nak juga cari movie asal yang lama tu

teringin nak tgk balik yg lama tu

Amanda Suria said...

Citer ni Dania suka tgok ni...

Ema Johari said...

boleh bawa anak nanti.