Saturday, May 10, 2014

Pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live Kini Di DISCOVERIA, AVENUE K


Hi Korang,

Cuti-cuti hujung minggu ni korang ke mana je? 

Yang berfamily tuh, bawak anak-anak ke taman je ke, ishk mehlah ke DISCOVERIA


Pameran Dinoscovery by Dinosaurs Live! interaktif selama setahun ini mempamerkan dinosaur animatronik yang direka-semula, berlatar belakangkan set pengembaraan seperti kehidupan sebenar. Buat pertama kalinya, pameran ini dibawa ke Asia Pasifik bertempat di ruang pameran seluas 13,000 kaki persegi di Kuala Lumpur.



Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, Dinoscovery by Dinosaurs Live! menjanjikan keseronokkan untuk seisi keluarga dengan membawa pelawat melalui zaman Mesozoik melalui 15 aktiviti interaktif.


Antara tarikan utama pameran ini termasuklah Dino Quest, iaitu aktiviti mencari specimen dinosaur dengan menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency Identification). Kesemua pelawat yang mengunjungi pameran ini akan dilengkapi dengan peta ahli paleontologi dan tag RFID yang akan membantu mereka mencari penemuan yang menarik. Setelah setiap aktiviti telah diselesaikan, pengunjung akan menggunakan pelekat yang diberikan dengan menampalnya di tempat yang betul di dalam peta. Pelawat yang mengumpul kesemua pelekat akan diberikan sijil Ahli Paleontologi Junior atau sijil Ahli Paleontologi Expert oleh Kapten Dinoscovery di akhir penjelajahan pameran ini. 


"Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! direka untuk memberikan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana pengunjung dapat melihat saiz sebenar dinosaur dan memerhatikan pergerakan mereka serta mendengar ia mengaum di dalam habitat mereka. Selain daripada itu, pameran ini juga menyediakan peluang kepada pengunjung untuk menonton dokumentari dinosaur di Pawagam 3D yang disediakan,” kata Datuk Lim.


Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik ialah peluang untuk mengambil bahagian di dalam pengembaraan menyelamatkan dinosaur dengan menembak haiwan perosak, menggali serta mencari fosil dan peluang mempelajari tekstur bahan buangan dinosaur. Aktiviti seperti memanjat dinding untuk melihat rupa sarang burung zaman dinosaur, cabaran interaktif berlari bersama Velociraptor serta peluang untuk bergambar bersama dinosaur berlatar belakangkan tiga suasanan berbeza turut disediakan. 


Pameran ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari mengenai evolusi dinosaur melalui kiosk interaktif yang dilakukan secara perbandingan serta menganalisis haiwan masa kini seperti ayam dan gajah dengan dinosaur seperti Theropod dan Sauropod.

"Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah bahagian di Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. "Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran pendidikan yang bagus untuk seisi keluarga, terutamanya untuk kanak-kanak. Ia juga sesuai untuk pelancong yang melawat Malaysia bersama keluarga dan anak-anak mereka" kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events.


Harga tiket masuk :-

Kanak-kanak (17 tahun ke bawah) = RM35.00 untuk rakyat Malaysia dan RM50.00 untuk bukan rakyat Malaysia 

Dewasa = RM25.00 untuk rakyat Malaysia dan RM40.00 untuk bukan rakyat Malaysia. 

Warga emas (60 tahun ke atas) dan golongan kurang upaya = RM19.00 seorang.


Waktu pameran dibuka dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam, setiap hari termasuk cuti sekolah dan cuti umum, dengan kemasukan terakhir pada pukul 9 malam.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran, sila layari www.discoveria.com.my atau hubungi +603-2181 7218.

Memana cikgu yang nak buat rombongan sekolah ke kan, bagus pameran cam ni. Aku sendiri pun nanti nak pi, kena tunggu Mr Big balik dulu ye..


8 comments :

hazman fadzil said...

whoaa.... boleh bawak anak buah aku pegi datang kat sini.... cuma harga tiket tu macam ada tersilap skit kot sebab kanak2 = rm35 , dewasa = rm25 ....

Mohd Azfar said...

nak jadi warga emas la...murah sket..=)

Mimi Azirah said...

Harus masuk dlm list nih....tjanks ciklily share psl nih...leh akak bwk anak anak nti

Ema Johari said...

kang bawa anak takut menangis bila tengok binatang dinasour ni...hehehe.

Izzati Amira said...

waaah wahh. cam seronok je. best ni!! heee

Kisah Si Dairy said...

seronoknya dpat join nie...

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...best la...:)

tiga lalat said...

Salam. Hee seronok dan meriah.