Friday, May 23, 2014

Himpunan Selebriti Popular Di EHEH Bazaar 2014

Hi Korang,

Mega Bazaar 2014 anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd yang bakal diadakan pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang adalah ibarat sebuah perhimpunan ramai artis terkenal Malaysia apabila hampir 100 booth sudah pun dipenuhi mereka.


Bayangkan, bukan setakat pelakon popular seperti Neelofa, Yana Samsudin dan Hanez Suraya saja bakal berada di sana sepanjang dua hari berlangsungnya bazaar nanti, malah pelakon komedi terkenal seperti Afdlin Shauki, Sharol Shiro, Sharifah Shahora dan dramatis Eira Syazira akan turut memeriahkan bazaar ini dengan menjual pelbagai barang mereka. 



Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia seperti Adira, Adam, Afiq dan Fitri akan turut serta bersama bintang popular lain termasuk Yatt Hamzah, Heliza Helmi, Fiza Elite, Catriona Ross dan ramai lagi. Kepada anda semua yang sudah pun membeli booth dan ruang niaga masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk anda bukan saja menjana keuntungan malah ia satu platform terbaik bagi membina jenama produk perniagaan masing-masing kerana pengunjung yang dijangka hadir adalah luar biasa. 


Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, bazaar terbesar di Malaysia ini bakal mencipta fenomena tersendiri selain direkodkan sebagai himpunan peniaga online terbesar malah Mega Bazaar 2014 akan menjadi kayu ukur bagi menilai kemampuan kuasa beli rakyat Malaysia. "Saya sebagai penganjur sendiri tidak sangka sambutan yang kami terima setakat ini. Lebih mengejutkan lagi apabila hampir 100 selebriti ternama sudah pun membuat pengesahan mereka untuk sama-sama menyertai jualan online terbesar ini nanti. "Justeru saya yakin Mega Bazaar 2014 akan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk membeli barangan pelbagai jenis dan pilihan pada harga paling rendah lebih-lebih lagi semua sedang sibuk membuat persiapan awal menjelang Aidilfitri


"Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ruang niaga, kami masih membuka peluang pada saat akhir ini tapi perlu saya ingatkan, kami hanya tingggal beberapa saja lagi booth yang masih kosong kerana lebih 1000 lain sudah lama ditempah. Jangan tunggu lama dan tak perlu fikir lagi. Hubungi kami untuk membina profil keuntungan anda bersama kami" katanya. 


Mega Bazaar 2014 akan berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di MAEPS Serdang. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi +60 12 292 0131 bagi keterangan lanjut. Jumpa anda di sana!

3 comments :

Nadia Johari said...

Bazar besar-besaran artis pun ramai..memg meriah

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...best2nya..:)

Amanda Suria said...

selain dapat beli belah for sure dapat jumpa artis kan...