Saturday, May 24, 2014

Pesta Kaamatan Dan Gawai Tidak Lama Lagi

Hi Korang,

Kita memang tak sambut pun perayaan ni kan kat Semenanjung ni tapi cuba korang pi negeri Sabah dan Sarawak hujung bulan Mei ni nanti. Ermm memang pack kat sana. Yelah diorang kan celebrate Pesta Kaamataan dan Gawai.


Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak merupakan dua perayaan penting bagi meraikan dan menghayati kekayaan budaya warisan dan tradisi masa lampau yang dimiliki Malaysia.


Tahun ini, PETRONAS melanjutkan usahanya untuk menjadikan kedua-dua perayaan hari menuai yang diraikan oleh pelbagai komuniti di Sabah dan Sarawak ini agar difahami dengan lebih mendalam dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.


Sebuah filem web yang mengetengahkan kekayaan budaya dan ritual-ritual dalam Pesta Kaamatan dan Gawai telah dihasilkan oleh PETRONAS dan akan disiarkan di kaca TV dan laman YouTube rasmi PETRONAS bermula 26 Mei ini.

“Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai ini merupakan usaha PETRONAS untuk meningkatkan kefahaman tentang kedua-dua perayaan yang merupakan komponen budaya warisan, sekali gus memupuk perpaduan sosial di Malaysia,” kata Pengurus Besar Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Norliza Kamaruddin.


“Filem web yang telah kami hasilkan tidak hanya mengisahkan intipati daripada Pesta Kaamatan dan Gawai, tetapi turut memberi pesanan supaya mengingat masa silam dalam menempuhi kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang,” tambahnya.

Norliza berucap pada majlis pelancaran kempen Kaamatan dan Gawai 2014 PETRONAS dan penayangan filem web bagi menyokong kempen tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Selain daripada filem web, kempen ini akan turut diperhebatkan dengan pelbagai aktiviti termasuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan komuniti MASwings, PETROSAINS dan Galeri PETRONAS.



Ketiga-tiga syarikat itu telah membawa 45 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak bermalam di Lembah Klang sambil menyertai program pengembaraan yang menyeronokkan bagi mendedahkan pengalaman baru yang dapat membuka minda mereka.


Selain itu, para pelajar berpeluang menyertai ceramah motivasi dan melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia (MAS), lawatan ke Menara Kembar PETRONAS dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik di PETROSAINS dan Galeri PETRONAS.

Sementara di Negeri Sabah dan Sarawak pula, PETRONAS meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya – Sentuhan Kasih, yang bertujuan meraikan dan membantu komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik semasa musim perayaan.

Program ini melibatkan sukarelawan kakitangan PETRONAS yang mana mereka bersama masyarakat tempatan di Papar, Bintulu dan Miri akan menjalankan kerja-kerja gotong-royong dan membaik pulih termasuk membersihkan rumah-rumah panjang sebagai persiapan menyambut perayaan tersebut.

Selain itu, PETRONAS akan menyalurkan bantuan berupa keperluan asas seperti beras, tangki air, dapur gas, tong gas, vitamin dan bantuan makanan kepada komuniti di luar bandar dan keluarga miskin tegar bagi menjadikan hari perayaan mereka lebih bermakna.


Pesta Kaamatan diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazan dusun di Sabah sebagai ungkapan kesyukuran ke atas hasil tuaian yang melimpah, sekali gus mendoakan hasil tuaian yang lebih baik lagi di tahun yang akan datang.



Di Sarawak, Pesta Gawai melibatkan ritual yang telah diamalkan sejak turun-temurun serta upacara penghormatan kepada leluhur bagi menandakan akan berakhirnya musim menuai dan menyambut esok hari yang dilimpahi dengan kebaikan. Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Dayak, seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kelabit, Murut dan Orang Ulu di Sarawak.



2 comments :

hazman fadzil said...

Comel sungguh diorang nie....kalau dapat join celebrate nie mesti best laa.....

Amanda Suria said...

tak pernah lagi explore ttg pesta keamatan ni...ntah bila dapat pergi kan...mesti menarik explore budaya orang2 sarawak...hari tu pergi x sempat explore habis...