Thursday, March 6, 2014

Kawan Lama Punye Pasal


Hi Korang,

Aku memang tak ramai kawan yang betul-betul rapat kat KL ni.

Yelah tak tipu, tak caya pi tanye Mr Big. Dia tau lah. Kalau yang rapat pun mostly bloggers la kan,coz selalu nau jumpe time pi makan lah, jumpe kat tepi jalan lah.

Kawan yang betul-betul aku rapat bersepah diorang ni. Aku memang rapat pompuan bertiga ni je. Ada sorang kat Melaka, KL ni ada tapi dia sejak jadi VP Bank Unta ni bukan main sibuk lagi dan majoriti semua kat JB. Ktorang selalu contact kat WhatsApp jelah.

masa ni bercuti di Pulau Lang Tengah

Diorang ni punye perangai kalau tau apa-apa semua refer kat aku tak kisah lah pasal tempat makan ke, bercuti ke pulau ke, services ke kan, minum harum malam pun tanye aku, maklumlah diroang cakap aku ni blogger so info semua dapat lagi cepat dari media lain. Cam tu sekali ek.

Memacamlah kan

Aku memang ada plan nak balik Johor Bahru dalam masa terdekat ni tapi tak nak heboh kat sesiapa pun coz kang kalau balik sana semua nak jumpa. Masa aku ni plak limited nak buat food review, homestay review, tempat chillax baru lagi, so nanti kang tak jumpa kecik ati plak, merajuk, tak nak geng itu lah inilah kan.

Tup-tup last Sunday, ada plak yang dah call.

Cikgu M : Wei ko nak balik JB weekend ni ek

CLP : La aku baru je plan, ko dah tau. Ko ada telepathy terus ke dalam otak aku ke? Ishkk

Cikgu M : Aku ni boleh rasalah wei, saka aku ni kuat ooo boleh sampai KL

CLP : Aduiyai, hah napa plak? Kacaulah korang ni

Cikgu M : Tolong aku beli frame kat IKEA, sekarangkan ade sale. Aku nak frame Geometri Kufi aku ni. Alah tolonglah nanti aku kasi upah.

CLP : Dia ni kan, aku puk kang. Kasi details, gambo termasuk bar code sekalli

Cikgu M : Orite no prob..

CLP : Eh jangan lupe banjer aku Ikan Bakar Tip Top, Kupang bakar 3 pinggan dengan Otak-otak Special

Cikgu M : Beres, nanti aku suruh laki aku siapkan hahahaha

Sekejapan segala details terus dapat, jawabnya memanglah kena pi secepat mungkin ni.

makan meatballs sedap dengan seseorang

Sudahnya masa ari selasa hari tuh, aku cuti. Balik dari Pacific Coffee punye launching kat Melaka, aku terus direct drive ke IKEA nak pi beli menda alah ni.

IKEA RIBAA photo frame 30 x 40 (RM29.90)

Aduiyai bukan 1 ke 2 tapi 10 sekali aku beli. Alah tak per orang berniaga, apa salahnya aku tolong kan. Memengkek gakla mengangkat kotak frame ni ke kereta.

Ermm kawan lama punya pasal.. tak per lah.

Kita tolonglah selagi boleh tolong kan..



7 comments :

hazman fadzil said...

hurmmm....patut la ko gigih pegi IKEA....

Amanda Suria said...

terus SA rasa rindu sgt kat kawan2 lama..semua dah bawak diri...hurmmmm

JunAina said...

Betul tu bab kawan2 ni tak boleh beli dengan duit ringgit. Mana thu esok2 kita nak minta tolong dia pula.

Mieza Everdeen said...

ooo inilah punca gambar frame ni kak lily post haritu. ingatkan ada org mintak tolong beli hadiah giveaway ke apa XD *otak blogger

Rinna said...

Tak pe utk kawan pe salahnyakan CLP.. Sedapnya tgk meatball Ikea tuh .. dah lama tak makan.. :)

Sherry said...

long time no go Ikea.

www.mymomsbest.us

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah banyak nyer...bestnya bila la nak pi IKEA lg agaknya...:)