Monday, March 31, 2014

SlimFast Diet Memang Kurus Dibuatnya



Hi Korang,

Terima kasih pada blogger MiaLiana yang sudi menjadikan aku sebahagian daripada 40 blogger yang menyertai projek Giveaway SlimFast Diet bersama My Beauty Herbs. Wah, rasa bangga + kembang kejap tau.

Ok meh aku citer sket mengenai produk SlimFast Diet ni ek.


SlimFast Diet ini merupakan produk kurus yang berkesan yang membantu mengempiskan perut buncit korang dengan pantas dalam 6 – 8kg mengikut tempoh serta metabolisme korang ye. Boleh di katakan dengan mengamalkan produk SlimFast Diet, inilah cara kurus dengan cepat.


Formula SlimFast Diet ini diperkaya dengan kandungan organik seperti berikut :-

fiber oat - sumber vitamin yang bagus untuk jantung dan saluran penghadaman atau usus.. menyerap kolesterol, menurunkan berat badan dan mengurangkan paras glukosa

ekstrak acai berry - melambatkan proses penuaan, membuang toksik, mencegah beberapa penyebab dari penyakit jantung, merawat kanser serta agen pemberi tenaga

ekstrak garcinia cambogia - menghalang pengeluaran lemak, menghalang selera makan, menghalang pembentukan lemak, mengurangkan kolesterol, mengawal metabolisme badan serta merawat buasir dan sembelit. juga sebagai agen pelindung kepada ulser gastrik

ekstrak cassia augustifoloa - merawat masalah penghadaman, menghindarkan sembelit,melembutkan najis dan sisa2 makanan di dalam kolon

hoodia - mengurangkan selera makan, berkesan dalam mengurangkan pengambilan kalori

ekstrak rasberry - mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi,membersihkan serta melancarkan peredaran darah, membersihkan dan memperlancar peredaran darah seterusnya membantu tubuh membakar lemak

Ok itu sebahagian daripada khasiat SlimFast Diet ni, ada banyak lagi tau.

minum jangan tak minum ye

Cara minum SlimFast Diet:

Dalam 1 kotak ada 10 sachet, maknanya 10 kali minum.

1 kotak SFD (10 sachet) = 10x minum.



Minum 15 minit sebelum makan. Shake dengan 250ml air suam 250ml. Rasanya sedap dengan kordial Rasberry.

Bagi korang yang berat badan melebihi 75kg macam aku kena minum 2 kali sehari. Yang 75kg kebawah 1 sachet sehari je. Minum secara konsisten setiap hari.

Kesannya:

Sebelum minum SlimFast Diet

Berat aku dalam 88kg cam tu 3 hari sebelum aku minum produk langsing ni. Biasalah orang comel cam aku ni, memang just nice je saiz cam ni. Senaman plak agak malas sket coz tak de masa. Lagipun kerja aku ni pun banyak berjalan so kira cam bersenam gituh gak lah.


Selepas minum SlimFast Diet selama 10 hari

Hari Pertama (1) – Hari Ketiga (3)

Memang sepatutnya aku minum 2 sachet pagi dan malam tapi ternyata perut aku memang tak boleh tahan dengan kesandi alami. Masa first day minum tuh, aku ada kat rumah je. So memang keluar masuk toilet, membuang je apa yang patut sampai tahap air je yang keluar. Hari kedua aku cuma minum 1 sachet je coz takut jadi cam first day. Pun sama gak, membuang tak henti-henti. Hari ketiga, aku rasa perut dah boleh kawal sket. Nasib baik tak de kerja luar hari tuh, kena standby di office je. So proses pembuangan tu tak jadi masalah.

Hari keempat hingga hari ke 10, aku Cuma minum 1 sachet je waktu pagi sebelum pergi kerja. Sampai office je, terus cari toilet dulu. Makan pun kurang dan aku banyak minum air kosong je coz nak gantikan apa yang telah pun di keluarkan tuh,

Sudahnya lepas 10 hari berat badan aku berkurangan dalam 5kg je cam tu akibat kurangnya senaman untuk tingkatkan metabolisma. Nasib baik dalam 10 hari tu aku banyak buat kerja luar so kira bersenam gaklah.

5kg kira banyak gak tu bagi orang cam tu aku yang kurang exercise kan. Agaknya kalau aku minum mengikut arahan yang diberikan di samping displin dalam melakukan senaman, rasanya mau 10kg lagi berat badan aku boleh turun.


Harganya:

1 kotak RM45.00 untuk Semenanjung Malaysia

RM49.00 untuk Sabah dan Sarawak

Dalam 1 kotak tu ada 10 sachet ye



Ok ok lupa plak, SlimFast Diet ni sesiapa pun boleh minum, baik lelaki mahupun perempuan. Lagipun ianya adalah produk halal dan selamat. Yang mana badan kembung manjang pun boleh gak minum coz ianya produk untuk buang angin dalam badan.


Kalau korang intrested nak cuba boleh hubungi,

SMS : taip SFD ke 01128090446




Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

18 comments :

Amanda Suria said...

wah2....menarik ni...SA ni petur cepat buncit..hehehehe

Ayu sukatiakula said...

teruja je nak turun 5kg mcm ciklily.. gaji minggu depan, ini yg nak dibeli dulu. haih..x sabar nih

Farah Waheda Wahid said...

akak, tak berhenti purging ok? hu hu hu..

Nad MamaZN said...

cepat gak dpt tgk hasilnya...

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...ada perubahan tu mmg sudah baguskn...kalau diteruskn lagi mungkin makin berkurangan berat badan...:)

Mia Liana said...

salam. tahniah kerana telah berjaya membuat review produk slimfast diet.

entri anda tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2014/03/giveaway-slimfast-diet-review-slimfast.html

semoga berjaya di peringkat seterusnya. good luck!

Haneeza Mohamad said...

Tahniah berjaya turunkan berat badan.

Salam singgah dari blog :D

http://www.haneeza.com/2014/03/cabaran-kurus-10-hari-bersama-slim-fast.html

Kesuma Angsana said...

wah menarik juga produk ni yer

Delimasari said...

tahniah
http://hanimsain-delimasari.blogspot.com/2014/03/review-slimfast-diet-back-to-yang.html

PakcikLie PCL said...

Salam cikLily apa khabar? , tahniah pcl nak ucap sebab kita sama2 minum SFD dan dapat +ve hasilnya..meyakinkan dan boleh diteruskan lagi. All the best, semoga berjaya dlm pusingan seterusnya...haha macam Liga bola sepak plak eh :))

http://www.nazlee.com/2014/03/review-slimfast-diet-selepas-10-hari.html

Delimasari said...

tahniah

shahida rahim said...

tahniah dan gud luck!dari segmen yang sama http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/03/kurus-dengan-slimfast-diet.html

Akeyla Azmi said...

Wah wah wahh!!!
Congratulations!!! Hihihi. Qila pun dari Giveaway SlimFast Diet ni jugak heee~
Best of luck!!!
Harap mara lah ke next round kan :D :D :D hihi

Budu Bilis said...

Salam. tahniah... semoga berjaya ke perngkat seterusnya..

http://dindamaisarra.blogspot.com/2014/03/review-10-hari-bersama-slimfast-diet.html

Ieyzartd Syahieyr said...

SALAM,
TAHNIAH kerana berjaya kurangkan berat badan..
harap berjaya ke pusingan seterusnya ya..
datang dari SEGMEN yang sama...

http://www.ieyzartdsyahieyr92.my/2014/03/review-slimfast-diet-kurangkan-berat.html

sha dhira said...

wah..wah..wah.. tahniah.
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/03/slimfast-diet-produk-back-to-shape-yang.html

MyCherita said...


Salam,wahh.. tahniah ya..kerana berjaya mengurangkan berat badan anda dengan meminum slimfast diet Semoga anda berjaya ke pusingan seterusnya. Jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Slimfast diet Mialiana.com - Salam ukhwah dari MyCherita

yana aina said...

Tahniah !! Dari cabaran yg sama .. dtg BW sini. Jom BW blog yana ^^


nazlyizan.blogspot.com