Saturday, March 22, 2014

Fashion Culture Box, Menariklah…


Hi Korang,

Aku dapat ni fashion box dari Fashion Culture ni dah lama, cuma aku dah terhilangkan gambar yang nak di upload kat entry ni. So tersadailah lama gak dalam folder nie


Fashion Culture Box ni yang pertama aku terima, bukan beauty box yang selalu tu ek. Mostly di dalam kandungannya penuh aksesori/perhiasan diri. Unik kan.

So pilihan aku untuk first time ni adalah koleksi Fashion Culture Box Fairytale Series.

Aku pilih koleksi ni sebab aku rasanya cam sesuai dengan jiwa aku, cam lembut-lembut gituh kan. Lagipun koleksi ni kalau nak pi kenduri kahwin ke senang, sebab warna gold kan so tak delah serabut nak pakai ramai emas yang betul tuh.

Fashion Culture Box Fairytale Series aku ni ada :


Rantai: Midas Filigree Necklace
Cincin: Gentle Wing Ring
Anting-anting: Dropped of Feather Earrings
Gelang: Flight of Butterflies Bangle


So dalam banyak-banyak aksesori aku paling suka cincin dan gelang tuh lah. Coraknya yang simple memikat hati den. Anting-anting tu kureng sket kot coz white feathers tu tak sesuai dengan penampilan aku.

TQ beauty blogger JEN, cilok dari dia ni

Selain daripada aksesori, ada gak 2 item beauty product yang enhance lagi fashion box ni iaitu Bloop Nail Polish in Pink dan Timeless Truth Snail Extract with Sakura Repairing Mask. Kira cam bonus gituh la ek


Best kan, korang pun boleh subscribe fashion box ni.

Mehlah check it out details kat bawah ni ek


Instagram: @fashionculturebox

Now mesti dah bertambah koleksi yang terbaru di Fashion Culture Box ni, tak caya meh la singgah ke sana ek. 

1 comment :

Farah Waheda Wahid said...

ok saya minat dan tertarik!!!! happy saturday kakakku...