Wednesday, March 12, 2014

Pasukan Tatatertib & ERAVENGERS Kongsi Piala Takraw ERA

Hi Korang,

Event ni Sabtu lepas but aku tak sempat nak attend plak coz ada hal keluarga di JB hari tuh.

So meh aku kongsi sket mengenai event ni ek


Ratusan penonton telah membanjiri Stadium Tertutup Titiwangsa pada hari Sabtu lalu untuk menyaksikan sebuah perlawanan sepak takraw yang julung-julung kali diadakan ini. Perlawanan selingan ini menyaksikan pasukan Tatatertib terpaksa berkongsi kejuaraan Piala Sepak Takraw ERA bersama pasukan ERAvengers setelah pertarungan yang sangat sengit ini berakhir dengan keputusan seri.


Pasukan Tatatertib yang dianggotai oleh barisan selebriti popular tanah air iaitu Mawi, Hazama, Rahim R2, Shahir dan juga Yasin SYJ menerima tentangan hebat daripada pasukan ERAvengers yang dianggotai oleh para penyampai stesen radio ERA iaitu Ray, Zahid, Adifashla, Aril dan turut menjemput seorang pemain sepak takraw wanita kebangsaan yang dikenali sebagai Adik. Walaupun mereka terpaksa berkongsi kejuaraan tersebut, namun semangat juang serta kesukanan yang ditunjukkan harus dipuji apabila kedua-dua pasukan berjaya memberikan satu aksi perlawanan yang sangat mantap dan menghiburkan buat semua penonton yang hadir.

Pasukan Tatatertib (Dari kiri-Hazama,Shahir,Rahim,Mawi,Yasin)


Perlawanan selingan ini bermula sebaik sahaja masuk waktu rehat pusingan separuh akhir ISTAF SuperSeries Finals 2013/14. Setelah undian oleh ketua pasukan masing-masing ditentukan, pasukan Tatatertib melakukan sepak mula untuk pusingan pertama dengan Mawi bertindak sebagai tekong, Hazama sebagai apit kanan dan Rahim sebagai apit kiri. Ternyata servis tinggi yang dilibas Mawi disambut mudah oleh Ray (tekong) dengan dibantu oleh Adifashla (apit kiri) dan Zahid (apit kanan). Setelah lebih 20 minit perlawanan, kumpulan Tatatertib menguasai perlawanan lantas memenangi pusingan pertama.

Pasukan Eravengers (Dari kiri-Aril,Zahid,Adik,Ray,Adi)


Namun begitu, perlawanan ini tidak dapat diteruskan ke pusingan penentuan untuk memberikan ruang kepada perlawanan sepak takraw pusingan separuh akhir wanita yang akan berlangsung. Oleh itu, atas persetujuan para pengadil, mereka memutuskan kedua-dua pasukan seri dengan mata satu sama. Walau bagaimanapun, ternyata kedua-dua pasukan sangat berpuas hati dengan perlawanan tersebut yang dilihat adil dan terbukti mereka memberikan persaingan yang sangat sengit.



Ketua pasukan Tatatertib, Mawi berkata “Kami melihat aktiviti seperti ini sesuatu yang baik terutamanya bagi merapatkan lagi silaturahim di antara barisan selebriti di samping memupuk masyarakat untuk menjalani kehidupan yang sihat. Kami mengharapkan agar perlawanan yang melibatkan golongan selebriti seperti ini dapat diteruskan untuk meluaskan lagi promosi sukan tradisi ini di samping meningkatkan martabat sukan sepak takraw di Malaysia.

Manakala Ray dari pasukan ERAvengers pula berkata “Pasukan sepak takraw negara merupakan antara pasukan yang berjaya di arena sukan dunia. Kami melihat sukan ini sebagai satu sukan yang harus diberikan sokongan padu oleh semua golongan. Oleh itu, kami selaku barisan selebriti bersatu untuk menyokong arena sepak takraw Malaysia”.



Berdasarkan sambutan yang sangat menggalakkan, terbukti usaha pihak Astro dan barisan selebriti ini untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia dari pelbagai golongan terhadap sukan sepak takraw di samping meluaskan promosi serta memartabatkan sukan tradisional kebangsaan ini tercapai. Elemen hiburan yang diterapkan dalam perlawanan sukan seperti ini dilihat dapat membantu meningkatkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam memelihara sukan tradisi kebanggaan negara ini. Majulah sukan seiring hiburan untuk negara. 


Ermm bila baca je dah rasa best dah. For sure yang pi menonton mesti lagi seronok kan. Apa-apa pun congrats untuk kedua-dua team diatas semangat kesukanan korang ye..

Next time kalau ada lagi confirm aku pi la..


4 comments :

sitirohaida said...

gi jb ek...heheh..nape tak roger2... :)

Farah Waheda Wahid said...

cop, kak lily ada tak kat SBB??? Apasal Farah tak nampak akak ek???

JunAina said...

Selalu org buat perlawanan bola je kali ni buat kelainan main takraw. Bukan semua org boleh main takraw.

maszull said...

assalamualaikum CLP...terbaik la...:)