Thursday, March 20, 2014

Hatten Hotel Melaka, Semalam Di Sana


Hi Korang,


Masa aku pi launching Pacific Coffee hari tuh aku sempat bermalam di Hatten Hotel ni. La tak kan drive straight dari Bangi plak, malas aku lah nak bangun subuh sepiee ek.

kat traffic light depan masjid Sultan Al Azim ni

Check in Isnin malam dalam kul 8 malam cam tu, sebab aku sorang Mr Big tak leh nak cuti.

Hatten Hotel ni betul-betul dalam kawasan Melaka town, sebelah Mahkota Parade berhadapan Dataran Pahlawan. So tak yah nak pakai GPS sangatlah senang benau ek

tempat check in

Lobbynya simple je tapi luas nau sampai boleh main lari-lari. Tapi masa aku sampai tu ramai plak tourist dari China so penuhlah tempat tuh.


yang sofa Cleopatra tu kira cam hall gituh la

Masuk bilik, ermm mak ai cantiknya. Simple but nice. Ada 2 section, satu bed area dan satu lagi sofa area dan ada 2 tv ye. So tak yah nak berebut tengok tv kalau datang berdua ye.

Mehlah tengok apa yang ada dalam

king size tido sorang, harus guling-guling kan


Deluxe King Room (RM388++)

37 sq meters room with choices of city or sea view I 
2 LCD Televisions I Mini Fridge I
A small living area with sofa I 
Coffee/tea making facilities I 
'Rain' and 'hand' showers I 
Complimentary cable internet access I 
In-room safe
Breakfast for 2 person

mari surfing bersungguh-sungguh ye

Biasalah basic service bila duduk kat hotel kan. Tapi internet best, laju sungguh. Tengok you tube pun tak sangkut pun tau.


eh, dah ade selipar la, ok best2

sebelum tido layan kopi secawan jap



Memang best duk sini coz semuanya senang, yelah tengah town kan. Nak kemana-mana pun boleh. Teksi duk standby je depan hotel ni.

selesai sudah

kopi lagi

Sempat breakfast di The Chatters pagi esoknya, not bad buffet breakfast, sama cam hotel lain gak.

Ni alamatnya ek:-


Hatten Hotel Melaka
Hatten Square, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka, Malaysia. 

good morning everyone, malas nak bangun time ni

Ni time sekolah ni, baik booking awal kalau nak weekend gateway di Bandar Melaka, lokasi memang sangat terbaik.

Apsal aku yang excited cuti sekolah ni ek, ada apa-apa ke ermmm....



12 comments :

sitirohaida said...

NOT BAD LA... selalu jugak lalu hotel tu kalau pi jenjalan kat town melaka..klu ikutkan kat melaka tu hotel dia mmg mahal,nak cari yg murah kena jauh skit dari town..almaklum..melaka ramai pelancong kan..

Farah Waheda Wahid said...

uik ni bukan balik kampung sendiri ker?

Mermaid said...

best kalau boleh bercuti.

Mieza Everdeen said...

wah bestnya! mieza rumah kat melaka takde la nak saje2 duduk hotel pulak sebab dari rumah nak gi MP/DP tu 5 minit je merempit, hee

Ann said...

suke jugak stay sini..among best hotel kami pernah duduk..puas hati..blk pun besar dan selesa kan..

hazman fadzil said...

whoaaa.... bilik hotel memang selesa sangat nei....yang penting line internet power.... puas hati la kita sebagai blogger yang selalu nak online kan....

Suria Amanda said...

mesti cik lily pun nak pi bercuti kan...baik ngaku cepat....tp serius cantik hotel ni...harga agak pricy skit kan...

maszull said...

assalamualaikum CLP....wah bukan main seronoknya...:)

mamamia said...

Wah bestnye..tgh planning nk ke melaka Disember nnt..berapa range harga hotel ni ek?

Unknown said...

Ok gak hotel ni..tengah mencari hotel untuk bawa anak2 bercuti

Anonymous said...

Brp harga hotel ni ye,,

Anonymous said...

Bp harge hotel ni