Tuesday, March 25, 2014

Dance Marathon Di World Kidney 2014


Hi Korang,

Pepagi ahad lepas, aku sempat pi menari samba ria kat One Utama.


Ala korang, suka-suka je join charity event ni yang di anjurkan oleh National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Celebrity Fitness Malaysia.


Walaupun event start kul 9.30pagi tapi dah ramai dah tunggu dari kul 7pagi lagi, yelah sebelah tu kan ade Central Park, so diorang jogging dulu then terus kemari.




Majlis di rasmikan oleh Yang Berhormat P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum beliau melawat booth-booth kesihatan yang telah pun disediakan.


Memang ramai orang tau, semuanya pakai warna merah sebagai tanda menunjukkan sokongan pada NKF. Yelah tema untuk tahun ni ialah “Kidney’s Age, Just Like You”.



Memang betul korang, menari 3 jam non-stop, ada tarian Zumba, Kukuwa African Dance, Les Mills Sh’bam dan juga Dance N Attitude (DNA), semuanya dari Celebrity Fitness punye instructor.

Aku?


Melompat-lompat, pusing kiri kanan, kiri kanan dalam 10 minit dah semput, ermm memang metabolism aku rendah betul lah.





Sudahnya aku duk amik gambar orang menari jelah..

mentedarah ayam grill kat BBQ chicken

Ishkk memang kena bersenam gak la aku ni, berjalan tu memanglah ada but fizikal exercise tak de ooo. Kira bahaya gak aku ni

Ok ok aku bersenam lepas ni nanti ek..



3 comments :

hazman fadzil said...

ayam grill ni bagus gak kan....sebab tak oily kan....

Farisya Anastasyia said...

kena rajin bsenam ag kak lily oi..hehehe

profhariz said...

Selfie yang tak terkalah. Hehehe

Err, cik lily kenapa tak adjust theme ni? T__T