Thursday, March 27, 2014

Jom Sarapan Beramai-Ramai Di MILO® Malaysia Breakfast Day 2014


Hi Korang,

This is 48 hours sponsored post, kindly scroll down for new entries

Ermm sarapan ek, best ni.

Korang selalu sarapan apa? Kalau cam aku memang setiap pagi sarap tu penting untuk cover perut kosong dari malam sebelumnya kan. Tak kisahlah apa pun janji kenyang tapi aku selalu sempat sarapan kopi cicah biskut kering kekadang tu baru lah roti canai ke nasi lemak ke kan.


Tak kisahlah camne sibuk pun korang dengan kerja, penting tuh untuk mengisi perut untuk dijadikan tenaga supaya korang cergas sepanjang hari. Bukan lunch dan dinner tu tak penting tapi breakfast ni kan permulaan hari so tenaga semua datang dari situ lah baru konsentrasi nak bekerja dan kekal positif tu lagi mantopss.

Bila citer-citer bab sarapan ni, baru aku teringat MILO sekali lagi akan mengadakan MILO® Malaysia Breakfast Day 2014 pada bulan April nanti. Sebenarnya event ni kira acara tahunan MILO lah untuk menyokong dalam mengamalkan tabiat sihat dalam bersarapan supaya senantiasa aktif dalam melakukan apa jua perkara. 

Tema bagi tahun ini adalah Positif Energy yang membawa maksud mempunyai sarapan yang seimbang dan berkhasiat. Tenaga Positif datang dari nisbah yang sempurna nutrien yang terdiri daripada protein , karbohidrat dan lemak untuk menyediakan badan kita dengan bahan api yang amat diperlukan untuk mengambil kedua-dua cabaran fizikal dan mental setiap hari.

Memacam plak kan, aku pun tak terfikir nak bersarapan sebegini gaya.


By the way, MILO® Malaysia Breakfast Day 2014 ni akan diadakan seperti berikut

Tarikh : 20hb April 2014, Ahad

Masa : 7.00 pagi

Tempat : Dataran Putrajaya, Putrajaya

Marilah mari pi ek

Selain MILO menyediakan sarapan secara PERCUMA kepada sesiapa jua yang hadir ada juga acara seperti aktiviti berjalan sejauh 3km dan 8km, sukan interaktif dah pelbagai lagi aktiviti fizikal.

Eh bukan untuk orang dewasa je, kanak-kanak boleh juga sertai aktiviti ini. Pendek kata, kalau datang sekeluarga lagi bagus barulah merapatkan lagi hubungan kekeluargaan tu ek.


Masa sidang media hari tuh Encik Ho Hau Chieh , Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan Tenusu , Produk Nestlé berkata " Berbekalkan keazaman dan motivasi untuk menyokong rakyat Malaysia mengenai kepentingan sarapan yang seimbang MILO ® 's , hari itu adalah sebahagian daripada kempen pemakanan di seluruh negara yang - 'Tenaga Positif Untuk Juara' yang bertujuan untuk mengekalkan momentum sebagai tabiat sarapan yang sihat perlu diguna pakai secara aktif dan bukan hanya pada musim panas ini daripada masa ini”.


Ermm kalau korang nak tau pasal MILO® Malaysia Breakfast Day 2014 ni, korang meh cercepat klik kat www.milo.com.my/breakfastday


Ok ok mesti kena join aktiviti bersenam ni, ada jugak exercise aku ni kan. Harus paksa Mr Big pi sekali ni. Korang pun janganlah buat-buat lupa plak, cepat tanda calendar korang ek.

3 comments :

akubiomed said...

Antara minuman wajib yang perlu ada sebelum memulakan kerja.

Farah Waheda Wahid said...

wah menarik ni kak... farah masa kecik2 memang rajin minum milo dah besar ni dah jadi mak budak ni jarang2... he he he...

Sukma Haron said...

macam best jer....nak air kotak MILO....hihi