Saturday, March 1, 2014

Perlancaran Novel ‘Fair & Lovely’ Detik Terindah & Penyanyi Lagu “Aku Cinta Padamu”

Hi Korang,


Selain daripada mengeluarkan krim pencerah muka yang terkenal di Malaysia ni, Fair & Lovely berjaya menghasilkan novel yang bertajuk ‘Detik Terindah’.


Novel Detik terindah bersama Fair & Lovely ialah antologi pertama di Malaysia yang menghimpunkan 100 kisah dan karya, detik impian serta cetusan hati novelis popular iaitu Damya Hanna yang diilhamkan oleh Fair & Lovely.


Kempen Detik Terindah bersama Fair & Lovely bermula dengan iklan komersil Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin yang memaparkan kisah cinta seorang gadis dan seorang jejaka bernama Alya dan Adam yang cukup menyentuh hati orang ramai dan sehingga kini telah memperoleh 1.4 juta tontonan di Youtube. “Aku Cinta Padamu”, lagu disebalik kempen tersebut digubah oleh penyanyi-penggubah lagu yang meningkat popular, Lokman Aslam dan ternyata Berjaya menjiwai kisah cinta nukilan Damya Hanna. Lagu berkenaan kini diputarkan di saluran radio tempatan.


Daripada 15 finalist bagi Pertandingan Detik Terindah, 3 pemenang telah pun di pilih. Kisah-kisah mereka memang sangat menyentuh hati. 


Rata-rata ramai yang menitik air mata bila cik pengacara Fiza membacakan cerita mereka ini. Even aku pun hampir menitik airmata gak tau. Sedey ooo but ceritanya memang menarik. 


Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan hamper Fair & Lovely bernilai RM100.


Buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely ini boleh di dapati di semua kedai buku utama seperti MPH dan Popular.


Dalam majlis ni jugak Lokman Aslam tampil sebagai tetamu jemputan dan turut menyanyikan “Aku Cinta Padamu”, mendapat sambutan memberangsangkan daripada tetamu yang hadir.

klik SINI ye

Abis je pertandingan penulisan kisah ni, Fair & Lovely ada lagi pertandingan di facebook bertajuk Lirik Terindahmu yang bermula pada 13 Februari 2014 dan berakhir 16 Mac 2014. 

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian dariapda lagu popular tersebut dan menggalakkan korang menghantar satu rangkap baru yang kemudiannya akan dirakam sebagai duet antara Lokman Aslan dan seorang artis wanita jeng jeng jeng…


Hadiahnya awesome wei, wang tunai bernilai RM3,000, hamper Fair & Lovely bernilai RM50 dan CD yang ditandatangani untuk kedua-dua versi “Aku Cinta Padamu”.


Sudah meh start karang lagu plak ek... 



1 comment :

hazman fadzil said...

kena cari ilham dulu la baru boleh kuar ayat lirik bunga bunga cinta....