Tuesday, March 11, 2014

Kedai Makan BANGI Ikan Bakar Sos



Hi Korang,

When its come to food, ermm memang best untuk citer kan.

Makan wei sape tak nak? Even orang diet pun kena makan gak but cuma kena control sket lah kan. 

Time nak pilih tempat makan untuk dinner selalu jadi problem. Yelah tekak memasing tak sama kan but nasib baikla one of us favourite is ikan bakar. So kedai makan yang jual ikan bakar jadi priority untuk dinner.


Ktorang discover Restoran Bangi Ikan Bakar Sos ni baru-baru ni. Before this kedai makan ni kat tempat lain, bila cari tak jumpe terus jadi fed-up dan sudah makan fast food je jalan terbaek. 

Sesampai je kedai tak berapa ramai orang lagi.

nak ikan ape? cepatla pilih

Terus masuk ke dalam untuk pilih ikan sebab budak waiter tu suruh pilih sendiri nak ikan mana. Alah apa-apa pun boleh aku cakap. Mr Big belek punya belek tup-tup nampak kerang plak. Jawabnya ikan bakar kemana ganti dengan kerang bakar je lah.

sorry sambalnya tak nampak plak kaler ek


Sedap gak kerang bakar dengan special homemade gravy diorang ni. Bila aku tanya letak apa, haruslah budak waiter tu jawab. Ala kak, saya ni tukang amik order je, manalah tau resipi-resipi ni kan. Hehehhehe yolah dikkk akak paham..

Memang kene dengan TAGLINE kedai makan ni Sos Melimpah Pasti Menjilat Jari

tembikai dan durian belanda

Kena minum sorang satu, tak boleh share coz tak cukup kan. Musim panas ni kene minum banyak air.

Takkan makan kerang bakar je, ada gak Mr Big order menda lain


Daging Masak Merah – not bad, biasa-biasa je. boleh la


Sotong Goreng Tepung – sedap. Tepung nipis dan ranggup


Sup Daging – daging lembut dan nipis tapi tak nampak daging coz aku dah ceduk awal-awal lagi


Alah dah memalam, so makan simple-simple je lah. Cukup banyak dah ni.


Walaupun rasa cam banyak but tetap licin. Licin selicinnya. Langsung tak de kesan kecuali kotoran degil kat pinggan tu je kan..

Sedap!!

Itu yang aku boleh cakap, bagi tekak aku lah. Harga boleh tahan lah, berpatutan. Semua sekali tak sampai RM50 pun. Just nice je.

Kat sini kedainya:-


Bangi Ikan Bakar Sos
41-A, Jalan 3/69, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi
Tel : 019-6484038



If korang ada kedai makan yang korang rasa sedap tak henggat, why not bagitau aku so that aku boleh cuba plak. Mana tau tekak korang sama dengan tekak aku kan.

Bab makan memang seronok nak citer kan..

Hehehhehehe


17 comments :

Kisah Si Dairy said...

bestnya...paling suka ikan bakar...

Miss Brenito said...

Keranggggg tuh

Keranggg tuhhhhh

Keranggggg tuhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sungguh Menggodaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T

yana_popeye said...

Bangi memang syurga makanan . dulu saya study kat KPTM Bangi . memang gemuk sebab makan je kerjanya . balik kampung pn mak terkejut . hehe . rindu Bangi !

attyfir said...

selalu lalu, tapi belum ada hati nak singgah lagi..oneday maybe.

Amanda Suria said...

alahai...sedapnyaaaa....

PakcikLie PCL said...

meh banting cikLily ; makan seafood jugak tapi the best menu bg saya lah ialah pepahat masak cili kering ..wow mavles !

Rizziela said...

boleh terjah ni nanti :D

erna said...

dah dekat dengan rumah..tapi tak pegi2 kedai ni..dok la makan dekat Azura je

Norma NML said...

Slm..Lily..akak pernah sekali makan kat situ..mungkin kebetulan something happened..ingat sampai skrg ni..:(
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2013/05/restoran-ikan-bakar-4-rasa-seksyen-3.html

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wow memang nampak sedapnya terliur tengok...;)

Ann said...

suke klu menu goreng tepung tu nipis dan rangup kan..

dah try Adam Lai x ciklily? utk menu Chinese Muslim so far memang kene la dgn kami:)

hazman fadzil said...

rasanya macam perasan je kedai nei masa balik makan dari burgerbyte aritu....so next time boleh la singgah

Anonymous said...

no tepon tue aku call wrong number la....
semalam ada dtg, tp kedai dah xmacam ceria jer cam dlm gambar nie...

ollierasta said...

Banting celah mana sedare?

razi razmaria said...

sesape yg suke masakan sunda,rumah cibiuk memey the bestt

tp

WAJIB BACA NI JUGA ---> Makan Tengahari Di Rumah Cibiuk, Bangi

Unknown said...

AKU dtg makankat restoran ni....mak datuk pelayan jantan nye muka cam cuka...aku tanya elok2 jenis2 ikan yg ada..jawapan nye mengecewakan...tak layan dan suh aku tgk menu aje...cara dia bercakap pun tgk tempat lain...kalu camni la...esok lusa lingkup restoran org melayu ni..

Tony Moey said...

Dah lingkup kot. Cari tak jumpa