Tuesday, April 1, 2014

Menu NORWEGIAN SALMON Di Hotel ARMADA, Petaling Jaya

Hi Korang,

Sapa suka Salmon, angkat tangan!

Yesza ikan mahal mestilah aku suka kan. Rasanya yang unik dan warnanya yang ke’oren’an ni memang membuka selera aku betul.



Aku memang suka ke Armada Hotel ni coz diorang memang suka buat promosi makanan yang best-best lagi sedap. Macam hari tuh aku dapat mencuba Mediteranean food, now promosi Salmon plak.

Kita tau bila Salmon je, mesti dikaitkan dengan healthy food. Tak semestinya ye. Pihak hotel bersama dengan Chef di Utara Coffee House ni telah pun menyediakan pelbagai jenis hidangan berasaskan ikan Salmon.

Meh kita intai-intai sket menu ikan Salmon Norwegian ni ye

Salmon Caesar Salad (RM26)
Salad Caesar dengan salmon

Pacific Rim Salmon Soup (RM25)
Shiitake mushroom dan pelbagai jenis herba yang di reneh sekali bersama ikan salmon yang kemudiannya di pekatkan dengan krim masak.

Salmon Roulade & Oyster Gratin (RM30)
Ni special sket, teknik masakannya unik iaitu salmon dipoached untuk mendapatkan hasil yang cantik

Salmon Tostadas (RM26)
Roti pizza berisi Salmon yang dihidangkan bersama guacamole, sourcrea dan tomato salsa

Foil Baked Norwegian Salmon (RM28)
Salmon yang di bakar bersama zucchini, capsicum dan champignon mushroom di dalam foil.


Salmon & Potatoes Au Gratin (RM28)
grill salmon bersama potato. simple tapi sedap tau. Sosnya memang sedap dan creamy

Salmon Tikka (RM26)
Nasi berempah ala-ala nasi beriyani bersama Salmon tandoori  dan acar timun

Terbaek oo



Promosi ini berlangsung dari 1hb March - 30hb April 2014. 3 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.

Itulah kalau korang teringin sangat nak merasai sendiri keenakkan Menu Norwegian Salmon ni bolehlah berkunjung ke

Utara Coffee House
Armada Hotel
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, 
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan 46200 

Tel : 03-7954 6888

Buat tempahan cepat-cepat tau. Tapi kalau nak walk in pun boleh jugak.



7 comments :

diana said...

wah..botingket-tingket salmon nye..heheh

Shark Kay said...

pasific rim salmon soup tu mmg nampk marveles.
tambh pula dengan mushroom.
mmg pekat gayannyer.

Farah Waheda Wahid said...

tak jauh jer ni kak, sejengkal jer... he he he...

msredcheesecake said...

tak pernah dan tak reti makan menu camni...

Kesuma Angsana said...

pergh mmg best2 lah !

hazman fadzil said...

Harga tu memang kena sangat rasa ikan salmon yang sedap tu...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily! terliur tengok salmon tu.. waduh waduhhh... walk in ke Armada Hotel, boleh terus dapat harga murah ek?