Monday, April 28, 2014

Best Pakai GARNIER Sakura White Mask Ni


Hi Korang,

Memalam lepas siap makan, kemas dapur semua bagaikan teringat plak nak cuba guna GARNIER Sakura White Mask ni. 

Yelah seharian kulit muka berlemuih dengan peluh, kotoran degil, kulit berminyak lagi, so nak la jugak manjakan diri sket walaupun tak sempat nak je Anjung Jelita Spa. Ermm bilalah nak ke sana ek, mesti makcik tukang urut tuh suka kalau aku datang coz dia bertegang urat mengurut aku hehehehehe

Aku dapat mask ni dari media launch GARNIER Sakura White ni, lama gak lah.


Inilah mask nya, Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Extract. Alah murah je RM9.90 sekeping. 

Yang best tu, kalau korang pakai the whole set rangkaian Sakura White ni, possibility nak dapatkan muka ala-ala pinkish tu ada tau. Itu kajian yang diorang dah buat. 

Nak pakai mask?

apsal cam alien je muka aku ni, ishkk

Ermm senang je, bukak je paper mask tu then letak kat muka. Kemudian baring sambil tengok TV. Tapi janganlah lama sangat, cuma dalam 20-25 minit je. Lepas tu tanggalkan, muka tak yah basuh pun tak pe. Biar essence water tu melekat kat muka. 

Tengok lah esok pagi, mesti kulit muka rasa cam segar je.

Seminggu bolehlah 2 kali pakai mask, tapi kalau mask korang banyak cam aku kan pakai jelah tiap-tiap malam. hehehehe

Kat Watson, Guardian ada jual mask ni.

Kalau guna sekali je, belum tentu muka jadi pinkish kan. Haruslah guna lama sket..










10 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...mmg best kalau dpt pakai mask ni...sejuk n muka jadi lembut jer...sesekali kena juga manjakn muka sendirikan...;)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily. lama dah tak guna barang garnier. sejak pregnant ni kulit jadi sensitif melampau. tukar guna safi balqis sekarang. hihiiii ~~~

Rinna said...

Cam best jer.. :)

JunAina said...

Beli pas tu tengok je mask sebab bila dah baring2 tu malas nak layan muka...letih...

Aju Mohit said...

samalah kita ciklily belum pi lagi anjung spa tu, emmm sejuknya kene tepek ngan mask tu

Ema Johari said...

betul tu takkan pakai sekali dah nak ubah warna kulit mukakan.... kat ruah pun ada satu yg masih tak pakai..tp tk ingat pula jenama apa..hehe

Nuryanti Berry said...

Comelnye bile tgk cik putih pakai mask tu, bestkan result bile lepas pakai masker. Terasa kulit muka kite berseri2 dan lebih segar je. Sy ada pun seminuggu sekali akan pakai mask jugak.. sy pakai mask Holika Holika, mmg best.... hehehe

Nuryanti Berry said...
This comment has been removed by the author.
Ieyda Ayisy Aqimie said...

Best ke pakai Garnier Sakura White ni? Nak cuba tpi tkot x bkesan. Mmbazir duit plak.. Buat msa ni tgh usha2 tgok2 testimoni garnier sakura white

Ieyda Ayisy Aqimie said...

Bkesan ke utk kulit glap