Friday, April 11, 2014

BentoLive App – Video Streaming Service Secara PERCUMA Bagi Pengguna Masa Kini

Hi Korang,


Salah satu sebab aku memilih smartphone Samsung MEGA adalah untuk senang menonton video atau movie atau apa jua medium yang boleh menghiburkan hati aku.

Yelah dalam jem ke, dalam public transport ke at least boleh release tension sket kan.

Macam servis video streaming BENTO LIVE ni.




Aku dapat tahu mengenai BENTO LIVE App ni daripada Mix FM yang pagi tadi aku dengar. Diorang duk memperkenalkan servis ni. Sebelum ni pun aku dengar rumours je. 

Yang best tu ianya PERCUMA tau, FREE ye cuma korang kena menonton ade sket iklan sebelum video start. Ermm tu je, boleh apa kan. Servisnya ada dalam bentuk SD (Standard Digital) dan juga HD (High Definition).


Ini kategori TV 


Ini kategori Movie. Actually ada banyak lagi movie tau

Kategori Dokumentari pun ada, best gaklah. Tambah info sket, dapatlah tambah ilmu pengetahuan sket kan.


Selain daripada movie, Bento Live App juga ada kategori dokumentari, drama tv dan animate series alah kartun cam tu lah dan juga siap ada sarikata Bahasa melayu dan english gak la. Kira senang la memana yang korang tak paham bahasa tu boleh tekan subtitles ek.

Lepas tu, sekarang ni BentoLive ni korang boleh dapati di Samsung SmartTV dan juga Samsung Mobile Device. Betul lah, ada plak aku cakap main-main.


Besarnya 75” Samsung Smart TV ni, sukanya kalau ada kat rumah ek.


Hari tu, aku sempat ke Bento Live Office di D7 Sentul Link untuk menyaksikan sendiri video streaming service free ni di pasang pada 75” size Samsung Smart TV. Mak ai gempak tuh, memang besar sungguh uolls.

Ini baru trailer je tau, belum tengok filemnya lagi.


Kualiti HDnya ermm sangatlah flawless, cantik betul. Clear je nampak muka pelakon-pelakon filem tuh kan tapi service ni hanya ada di Samsung Smart TV je, TV lagi belum boleh lagi ni.


Download daripada Samsung App Store – FREE je



Alah korang kalau tak de Samsung Smart TV pun tak per, macam aku just tengok melalui Samsung Smartphone je coz aku download secara FREE di Samsung App Store. Kejap je dah boleh menonton video dah wei. Pada android user lain tapi bukan pakai Samsung, don't worry korang pun boleh menonton di sini hanya download app dalam harga RM6.50 gituh. Bayar sekali je lepas tu tengoklah seberapa banyak video yang korang suka ek.

Balik tuh, aku pun terus download Bento Live App ni kat tepon MEGA aku ni, register info apa yang patut then terus pilih filem yang kau nak tengok.




Aku dapat gak menonton filem Lucky Girl ni, ada masa sket so sempatlah kan.




Not bad filem Lucky Girl ni, mengisahkan tentang seorang pelajar yang pada mula suka-suka berjudi dan menjadi ketagih kesan daripada ketagihannya itu. Bagi aku cerita menarik kerana kelebihan seorang itu tak terikat pada sesuatu perkara yang diminat tetapi sesuatu yang tidak di sangka. Cuma ada unsur ganas sket lah, kalau bebudak confirm tak baik tengok filem ni. Ermm itu je.


Meh tengok iklan Bento Live ni ek. Barulah korang boleh paham sedikit sebanyak kan.

Apa lagi mehlah kita download Bento Live Apps ni ek. Memang syiok coz memacam yang boleh kita tonton untuk mengisi masa lapang kita tak kira di mana kita berada. 

Ni aku attach few link untuk korang nak tau lebih lanjut mengenai Bento Live


Official Website : http://bentolive.com/




Ermm pilihan di tangan korang, alah tekan je button download tu ek


3 comments :

shahrul hairy said...

smart sehh! tv skang xde smart tv, macam kurenggg aje... huhhuhu

hazman fadzil said...

owwwhh....dah apps sendiri rupanya ....boleh la nak install nanti....

AyueJean AJ said...

Macam best je........
Nak download jugaklah balik ni.....
Hehhehhehhehe..