Tuesday, April 8, 2014

Teringat Pada Laksa Belut Langkawi



Hi Korang,

Memangla aku baru je abis lunch ni. Ari ni makan ayam semata je.

Hari-hari ayam, rasanya sampai muka pun dah macam ayam dah cuma tak berkokok je pepagi. 

Ermm tengah syiok-syiok menaip ni, teringat plak kat laksa belut yang aku makan hari tuh masa cuti-cuti Malaysia ke Langkawi.

Aku memang tak tulis pun pasal shopping trip ktorang sekeluarga ke Langkawi coz sama je setiap tahun, kira dah macam ballik kampung je. Shopping, shopping dan shopping je dalam kepala otak. Sebab tu gambo pun sket benau.

Mak aku punya marah bila aku cakap nak makan laksa belut. Dia cakap dah tak de menda lain lagi ke nak makan. La omak ni, cuma sporting sket. Dia cakap ko tak geli ke, dah macam ular tu kan. 

hehehehhe omak omak cam tu lah kan.


Masa diorang duk sibuk naik Cable Car kat Gunung Mat Cincang tuh, aku dengan cousin aku sedap-sedap pi sapdek kat gerai-gerai luar kawasan parking tu kan. Benda pertama yang aku cari haruslah Laksa Belut tuh. Tanya 2-3 gerai semua jual laksa biasa je, cuma kedai yang last sekali jual Laksa Belut. 

Apa lagi order, then terus duduk.


Ermm rasanya sama je cam laksa biasa, cuma di tambah belut je. Tak delah jelek mana pun. Taste wise sedap but tak de lah special. Cuma perkataan belut tu yang menambahkan kesedapan lagi. Isi ikannya kenyal sket. 


So lepas ni bila orang tanya, pernah makan Laksa Belut, jawabnya haruslah dah kan. Kira makanan ni ala eksotik jugak ek.

Laksa je wei, bukan ulau la.... heheheheh





15 comments :

Kisah Si Dairy said...

tak nampak belutnya pun..hehehe..masa kat langkawi tak jumpa makanan nie cik lily...

Akeyla Azmi said...

eh qila suka ok belut hihihihi.
Bentuk dia mcm leher ayam.
Tapi rasa dia mcm ikan. Hihihihi

Akeyla Azmi said...

sedapnyaaaaaa laksaaa <33333333

Farah Waheda Wahid said...

akakkkkk, farah jadi lapar balik ni...huwaaaa...laksa is my favourite tau tak...ekekekeke...

mairamanja said...

CHEERY SUKA JUGAK LAKSA BELUT. BAWU PENAH MKN 2 KALI.TP KLU NENGOK BELUT YANG PANJANG TU MESTI FIKIR JUGAK MCM ULAR HAHAHAHA...

rasp said...

tabik spring lah kat u sis...
i bila ditambahnya 'belut'...
terus rasa cam takpe lah, terimakasih je lah...
too eksotik for me kahkahkahkah...

Mimi Azirah said...

akak mkn laksa tp bila tang belut tuh...adehhhh..xleh masuk la

Kenit Cinonet said...

Ya Allah! sedappppppp telio nengok laksa ni! belut pun belut la janji sodappp hehe :D

Amanda Suria said...

SA suka laksa...laksa belut pun suka gaks...alahai..teringin nak makan laksa la.....

Rinna said...

Tak pernah lagi makan laksa belut tapi mmg akak suka laksa yg kalau dpt kuahnya pekat dan pedas.. :)

luqman zakaria said...

laksa belut...first time dengar.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tak pernah lagi rasa laksa belut.. ramai orang cakap lebih sedap berbanding laksa yang guna ikan lain..

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...x pernah makan lagi...:)

::EIDA:: said...

adehhh kene pergi langkawi ke macam ni nak rase.... terliur! dah la tak break1st lagi ni. huhu

hazman fadzil said...

dapat makan menu rare cenggini baru best kan... kalau tak silap ada lagi satu yang best laksa ikan sekoq... cool gak tu