Thursday, April 24, 2014

MALAYSIA WEDDING FESTIVAL 2014 (MEFA) Di SACC Shah Alam


Hi Korang,

Bila dah masuk pertengahan tahun ni, ramai yang akan melangsungkan perkahwinan ke pertunangan ke kan. Mesti sibuk search info mengenai pameran pengantin di sekitar kawasan korang kan.


Mehlah aku share sedikit mengenai Malaysia Wedding Festival 2014 (MEFA) yang akan berlangsung tidak lama lagi di Shah Alam.
 

Pameran Pengantin Malaysia Wedding Festival (MEFA) antara festival perkahwinan yang terbesar di Malaysia kerana mengumpulkan lebih 70 vendor di dalam satu bumbung dan antara vendor yang terlibat adalah seperti vendor katering, pelamin, baju pengantin, mak andam, videographer, photographer dan wedding planner dari serata Malaysia terutamanya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Hah semuanya dalam satu pameran pengantin, memang 1 stop solution punya tempat lah. So bakal pengantin bolehlah mendapatkan khidmat mereka-mereka yang pakar dalam menguruskan hari bersejarah korang nanti.


Ok ni details mengenai pameran pengantin ni ye

MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA) 2014
Edisi Ke-6
Tarikh:2-4 Mei 2014 (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Shah Alam Convention Centre (SACC)
Waktu: 10 pagi – 10 malam
Masuk PERCUMA


Penganjur Utama : QISTINA AVENUE 

Penaja Utama : MYDREAM WEDDING DAN EDM EVENTS PHOTOGRAPHY 

Dengan Kerjasama : TOURISM MALAYSIA DAN CUTI2 1 MALAYSIA 


Selain daripada booth-booth pengantin yang korang boleh lawati, ada jugak aktiviti menarik yang telah pun disediakan oleh pihak penganjur. Di antaranya pertunjukan busana pengantin terkini, pencarian model inspirasi perkahwinan 2014, pertandingan makeup artist, persembahan pentas dan pelbagai lagi.

Yang best tuh, ada promosi harga pakej perkahwinan 2014 yang melayakkan korang untuk mendapat cabutan bertuah yang hadiahnya bernilai RM15,000. Ishk banyak tuh



Untuk memudahkan korang mencari info mengenai pameran pengantin 2014 ni, meh layari 

Laman web rasmi: www.mefa.my
Instagram: @MEFAPENGANTIN 
Twitter: @MEFAEVENT 
EMAIL: sales@mefa.my
Phone No: 012 387 1775 / 018 282 5535

Harap semua maklumat jelas ek mengenai pamera pengantin MEFA 2014 ni ek pada korang. Boleh rujuk pada website kat atas tuh.


Ermm kahwin hanya sekali, so seharusnya kita jadikan detik terindah ini sebagai memori yang akan di ingati sepanjang hayat kita berdua. Bolehlah nanti citer dengan anak cucu kita kan.

Semoga berjumpa dengan apa yang di cari nanti…



4 comments :

hazman fadzil said...

hurmmm....bagus untuk aku nie.... boleh la terjah time weekend nanti

maszull said...

assalamualaikum CLP...wah cpt2 pada pasangan yg nak berkahwin boleh survey apa yg patut...;)

Mia Liana said...

betul tu.... teringat masa mia kahwin... meriah betul... hihihi

thanks sudi join segmen nak url #3, senarai blog ada di http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html

Mermaid said...

kawin mmg sekali. tapi kalau sanding setiap tahun x pe kut:P