Monday, April 14, 2014

Chef Anis Nabilah Memasak Dengan Periuk Tefal ActiFry FZ7072

Hi Korang,

Aku rasa lately ni teknik memasak makin lama makin ringkas, mudah dan cepat. Sebab apa, kita as housewife ni memang tak cukup masa. Kalaulah boleh tambah lagi 24jam alangkah bagusnya kan. Ermm betul lah, even aku yang belum ada anak ni pun balik rumah terkejar-kejar nak buat itu buat ini. Serious memang sangat tak cukup masa.


Bila Tefal memperkenalkan Tefal ActiFry iaitu satu periuk yang menawarkan kaedah memasak yang sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak yang praktikal, aku rasa memang sesuai periuk ini dengan keadaan kita masa sekarang ni. 


Kira golongan bekerja kini berpeluang untuk menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan mereka terhadap juadah yang lazat.

Periuk ini datangnya bersama sudu pengukur pintar Actifry (14ml) yang mana membenarkan para penggunanya untuk mengawal kuantiti minyak yang digunakan dalam sesuatu masakan. Untuk memasak 1kg makanan, hanya sesudu minyak sudah memadai dan ia menghasilkan lemak serendah 3% je. 

Untuk memudahkan memasak makanan yang teksturnya lembut, Tefal ActiFry FZ7072 mempunyai satu rak snacking yang membantu mencedok makanan keluar dari periuk dan pada masa yang sama membolehkan minyak berlebihan untuk dikeringkan daripada hidangan.




Dapatlah aku tengok cam ne caranya Chef Anis Nabilah memasak 2 hidangan dengan menggunakan periuk Tefal ActiFry FZ7072 tau. Siap masak rendang dan dessert pisang goreng special.



Sambil beliau memasak, ada AFC Nutritionist Dino Goh memceritakan lagi kebaikkan menggunakan periuk ni dan guna berkongsi tips memasak dengan cara yang sihat.

resipi stuffed crab

fried banana

rendang daging

Merasa pun sempat gak lah, sedap la. Tak de rasa pelik pun. Enak gituh.


Periuk Tefal ActiFry FZ7072 + Snacking ini boleh didapati di pasaraya utama dan kedai elektrik mulai Mac 2014 pada harga RM999 satu set.

10 comments :

Kisah Si Dairy said...

suka pakai kuali tefal,sbb tak melekat...
set yang ni mahalnya...tak mampu lagi den...hehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

sehengget lagi seribu...

gulp....

hazman fadzil said...

aikkk.... ni masa bila pulak punya event nie.... alahai...eden teringin bonar nak face to face ngan chef Anis Nabilah nie... huhuhu

Linda said...

cantiknya chef :)klu kita nak comel masa memasak, boleh lah guna periuk ni kot kan hihi

HASRUL HASSAN said...

Cik Lily..lau wife saya nampak ni ... abislah . hehehehe

Farah Waheda Wahid said...

ok macam menarik dan suka jer ni...he he he...

Ummi Hanie said...

teringin gak bendalah ni.. byk dpt kurangkan minyak.. biasala,menu rakyat malaysia mana lengkap tanpa minyak ;)

Amanda Suria said...

wow...makin lama makin canggih...suka ngan product tefal ni...tp nak beli kena fikir 3-5 kali...

Mas Zull said...

assalamualaikum CLP...wah senangnya nak memasak skg ni...periuk mcm ni senang digunakan...;)

norazizah awang nor said...

Saya ad jual barangan tefal dgn harga mampu milik...boleh tengok di FB saya Estin Trada Kitchenware atau wassup saya 0196660129...