Thursday, April 3, 2014

New Nissan X-GEAR Crossover - Jelajahi Kehidupan



Hi Korang,

Lama betul aku tak citer pasal kereta ek, maklumlah asyik duk citer event je kan. Bosan plak. 

Lagipun aku perasan, ramai orang lelaki suka singgah kat blog aku ni pasal kereta. Ada yang cari kedai spoiler murah, radio kereta waja, gambar kereta ferrari, workshop kereta murah dan memacam lagi hal kereta. Ok nanti aku akan usahakan.

Now nak citer pasal Nissan X-GEAR baharu yang baru je dilancarkan minggu lepas tapi aku tak pi coz cuti-cuti Malaysia ke Langkawi. So aku suruh ada writer part-time aku untuk cover event ni. Ermm nasib baik dia ada. 

Ok meh layan sket citer mengenai Nissan X-Gear ni.


Nissan X-GEAR baharu ialah sebuah crossover yang versatil. Ia hadir dengan ruang kabin yang luas, premium dan pelbagai susunan konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi apa jua kehendak serta gaya hidup para pelanggan. Daripada pemanduan harian ke tempat kerja hinggalah aktiviti luar rumah pada hujung minggu, berparti pada waktu malam, perjalanan jauh ke pinggir bandar atau sekadar pulang ke kampung halaman!

Didatangkan dalam semua lima warna untuk menyatakan perkara ini, Nissan X-GEAR baharu mewakili kenderaan yang membolehkan anda mencari inspirasi ketika melakukan apa yang dimahukan untuk sebuah hidup lebih bertenaga. Sama ada seseorang itu sukakan aktiviti luar rumah, bersukan, muzik, fesyen atau seni, Nissan X-GEAR baharu mempunyai warna yang sesuai untuk apa jua personaliti.


“Nissan X-GEAR baharu disasarkan buat golongan muda dan berkeluarga yang mahukan sebuah crossover bergaya untuk menyerlahkan individualiti mereka. Tetapi pada masa yang sama kekal praktikal dan ekonomikal. Nissan X-GEAR baharu adalah interpretasi mengenai bagaimana kita boleh menikmati kehidupan sepenuhnya. Terima kasih kepada penampilannya yang sporty dan lasak, ruang kabin luas yang versatil serta menjimatkan bahan api,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng. 


Dari segi luarannya, Nissan X-GEAR baharu menampilkan gril hadapan krom berbentuk V yang sofistikated dengan panel horizontal yang digelapkan dan memberikan rasa dinamik pada penampilannya. Sementara acuan sisi pada badan kenderaan dan pengadang pula menonjolkan sifatnya yang lasak. Bumper hadapan dengan pengadang lumpur berwarna hitam, roof rails, rim aloi berjejari V, hud enjin, rekaan dapra baharu, cermin sisi yang kemas dan lampu utama menambah tarikan pada rupanya yang baru. 



Pada bahagian belakang pula, Nissan X-GEAR baharu dipasang dengan lampu baharu yang memberi penekanan terhadap lebarnya yang mendatar bagi diselarikan dengan gayaan belakang yang serba baharu. Rekaan bampar belakang yang baru hadir dengan satu lampu reflektor belakang dan lampu brek LED yang diletakkan sedikit tinggi untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan gayanya. 

Gaya Nissan X-GEAR baharu disempurnakan oleh ruang dalamannya yang luas dan selesa dengan fabrik tempat duduk baharu. Manakala tahap pandangan telah ditambah baik, terima kasih kepada kluster Fine Vision Meter serta Paparan Multi-Maklumat (Multi-Information Display, MID).

Ruang kargo dan kaki yang luas disumbang oleh tempat duduk yang boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Ia membolehkan keluasan ruang kargo digandakan daripada 383 liter menjadi 769 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Dua beg udara SRS di bahagian hadapan, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist System (BA) didatangkan sebagai ciri standard.

Nissan X-GEAR baharu hanya boleh didapati dalam varian 1.6L Auto dengan pilihan Pakej Lengkap IMPUL (sila rujuk kepada appendix di bawah untuk alat ganti IMPUL yang ditawarkan). 



Nissan X-GEAR baharu didatangkan dalam tiga warna baharu iaitu merah (Garnet Red), hitam (Diamond Black) dan Bronze Gold, di samping dua warna sedia ada; putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver). 

Nissan X-GEAR baharu ditawarkan pada harga RM89,800 di atas jalan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Para pelanggan boleh menikmati bayaran bulanan serendah RM599 (tertakluk kepada terma dan syarat) untuk memiliki sebuah Nissan X-GEAR baharu.

Ciri-ciri utama Nissan X-GEAR baharu


Luaran
Dalaman
Ciri-ciri Keselamatan
   Lampu Utama dan gril hadapan krom
   Bampar hadapan
   Rim aloi berjejari V bersaiz 15” 
   Cermin sisi  
   Bampar belakang dengan reflektor yang bersepadu
   Lampu brek LED yang diletakkan pada kedudukan tinggi
   Lampu belakang horizontal
   Roof Rail
  ▪  Fine Vision Meter dengan Multi-Information Display (MID)    
   Stereng yang dibalut material Urethane hitam dengan butang kawalan  MID dan audio
   Unit audio utama 2-DIN  dengan kemampuan  AM/FM/CD/MP3 dan input  AUX
   Fabrik baharu untuk tempat duduk

   Tali pinggang keledar hadapan dengan ciri pra-regangan dan pengehad beban

Warna-warna Baharu
   Merah (Garnet Red)
   Hitam (Diamond Black)
   Bronze Gold

Pakej Lengkap IMPUL:

ALAT GANTI
HARGA (RM)
Spoiler bumbung belakang IMPUL
700
Rim aloi 17” IMPUL AURA SX-20 
(4 unit termasuk penutup tengah dan injap udara)
4,500 untuk setiap set (4 unit)
Sistem suspensi sports IMPUL
2,800
Goodyear Eagle F1 Directional 5 (4 unit)
1,800 untuk setiap set (4 unit)
So rasa-rasa ada chance nak beli tak?

Aku buat masa sekarang ni tak delah kot sebab baru je angkat Dak Oren tu kan, maybe setahun 2 lagi kita tak tau lah. Kalau ade rezeki then ade la.



3 comments :

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

perghhh kalo dapat sebiji ni....

Amanda Suria said...

yang putih tu cantik giler.....

Ema Johari said...

macam tertatik pula dengan kereta nissan ni...