Friday, August 31, 2012

The Need for Speed with Michelin Pilot Experience

Hi Korang,

Nak cerita pasal kereta dengan aku? Ok tak de hal punya.


Aku kan kaki racing pemandu wanita yang paling berhemah sekali kata adik aku sambil buat muka sinis dia kan.


Aku start belajar bawa kereta lepas abis form 5. Ayah aku kata senang kalau dah ada lesen kereta, senang nak bergerak kemana-mana especially bawak mak aku pi shopping barang dapur tiap-tiap bulan. Memula dapat lesen kereta, memang aku di gelar ‘GILA STERENG‘. Pantang kereta ayah aku lepa je, aku dah lesap bawa pi berjalan until one day, aku berjaya jahanamkan kereta aku dengan panjat divider jalan. Rosak gear box abis beribu ringgit.

Sejak dari tu, aku dah serik bawa kereta.

Until ayah aku membuat surprise dengan belikan aku kereta kancil secondhand untuk aku bawak pi kereta. Dengan kereta tu gak lah, aku travel dari KL-JB-KL setiap minggu sebab mak aku merengek suruh aku balik sampailah aku berhijrah ke KL ni. Bayangkan kancil yang kecil tu dengan saiz badan aku yang ala-ala blue hippo tuh hehehehehheheh sejarah tu ye.


Bila dah berduit sket, aku terus tukar ke kereta sekarang ni. Bukan kancil tu tak bagus but masa tu kerja aku memang kena travel all the way utara, selatan, timur dan barat, so kena ada kereta yang selasa untuk dibawa. Siap jadi kereta pengantin aku tau. Kereta aku sekarang ni memang banyak sangat jasanya kepada aku.


Dengan itu, segala sakit pening dia aku jaga. Tiap-tiap bulan ke workshop kasi baik punya service. Siap bergood fren dengan tokeh workshop tuh. Sampai aku dah boleh kasi tips kat korang, cara nak menjaga kereta tau. Tak caya meh check it out entry2 aku pasal penjagaan kereta ni kan.

Ini baru sket, sebenarnya ada banyak laGi tau. Takkan aku nak copy semua plak kan. 



Eh, basuh kereta pun penting oo. Itu salah satu penjagaan kereta yang baik tau.

Best kan. Korang tak berapa pandai tuh especially ladies driver yang manjang tak tau je boleh refer kat blog aku ni, memacam info ada tau.

Bila cerita pasal SPEED or kelajuan plak.


Haruslah suka oi. Siapa yang tak suka bawa kereta selaju mungkin kan. Aku ni boleh di katakan suka gak bawa lelaju ni. Bukan apa, bak kata ayah aku nak cepat sampai. Sebab tu, mak aku rela naik kereta yang Mr Big or adik aku yang drive, diorg berdua ni more to rileks je time driving. Kalau dia naik dengan aku, dah macam bawak Pengarah JPJ tau. Sket-sket ada je yang tak kena suruh slow sket lah, ada lembu kat tepi jalan lah, lori kat depan ishk sampai tak tercakap lah.




Ermm alangkah bestnya kalau aku dapat bawa kereta-kereta racing yang membuatkan jantung aku berdegup kencang dan nafas rasa nak tercabut macam Formula Michelin, Renault Clio, Citroen C2 Rally,  Formula 2 Seater kan best. Korang ingat bila dapat bawa kereta racing cam ni boleh bawak slow2 ke.

No way man!

Kan kereta sebegini dicipta untuk kelajuan so haruslah bawak selaju mungkin. Barulah macam Formula 1 Driver. Lepas tu bawak plak hingga ke top speed kan. Lagilah hebat rasanya.


Tapi bukanlah bawa kat jalan raya biasa, harus lah kat track baru nampak macho sket. Semestinya kat F1 Sepang track tuh. Kat sinilah kita boleh test seberapa laju kita boleh bawa kereta racing ini tanpa rasa was-was dan dengan confidentnya. 


Bila abis racing tu dapat plak lepak dengan motorist junkies yang lelain kan, tak ke syok tuh. Bolehlah diorg tu komen2 sket cara pemanduan aku ni. Manyak syiok ooo


For sure ramailah nanti respect kat aku sebab lady driver melayu yang kaki racing kan.

Kalau bolehlah...

Tapi itu angan-angan aku je but kalau dah selalu berangan mesti satu hari tercapai jua kan. 



So sebab tu aku beria-ia join contest ni. Mana tau de rezeki kan. Merasa jugak bawak kereta racing ni kan.

Memintakla dapat ye..amin...






6 comments :

boni kacak said...

wah!! gud luck ye!! hehehe

luqman zakaria said...

gud luck k..

hazman aka species1980 said...

memang entry yang menarik beb... kena pulak ade gambor ngan MODEL MICHELIN tu kan... GOOD LUCK

KiD said...

dulu pernah pakai tayar michelin untuk motor aje laaa.. memang bagus beb!!

Azham Vsvc said...

Wah...ada gaya pemenang ni akak! Semoga berjaya hehehehe!

Matjoe said...

entry yg best dibaca. good luck clp