Monday, August 6, 2012

Makanan Di Bazaar Ramadhan Bandar Baru Bangi Mahal


Hi Korang,

Semalam kan hari ahad, sepatutnya aku memang nak masak but disebabkan nak pi Seremban ada family gathering so tak delah aku masak. Tup-tup dah pukul 5.30 ptg cam tuh, Mr Big cakap tak jadi pi Seremban plak, hah apa lagi mengelupur satu badan kejap sebab tak masak satu apa pun.

Jawabnya ktorg ke bazaar ramadhan kat area Bandar Baru Bangi ni je lah. Alah makan berdua je pun bukan banyak mana pun kan.

Rupanya tapak bazaar ramadhan kat area PKNS ni dah bertukar ke depan plak. So haruslah tempat tu lagi sempit dan ramai orang kan. End up ktorg parking nun jauh di sana kat traffic light tuh. Tak perlah berjalan sket at least ada exercise juga.

So memula tawaf satu pusingan dulu, Mr Big memang cam tu. Dia akan survey dulu apa yang ada then the next round baru dia cakap apa dia nak makan.

Ok meh tengok apa yang ktorg berdua makan untuk berbuka semalam.

Ayam Golek = RM25 seekor

Lemang + Rendang = RM4 + RM3 = RM7

Nasi lemak berlauk = RM8

Tempe + Putu Piring + Popia = RM5 + RM2 + RM2 = RM9

Air Tebu (terlupa nak ambil gambo) = RM3

So semua sekali lebih kurang RM52.00. Nampak tak betapa kasarnya expenses ktorg kan.

Kalau pi buffet ramadhan kat restaurant biasa ni memang dah lepas bayar untuk 2 orang. Alah tak perlah, lagipun ini first time ktorg pi bazaar ramadhan sesama kan. Selalunya Mr Big je singgah kejap beli kuih je.

Cuma aku nak highlight sket mengenai bazaar ramadhan ni

1.       Ayam goleknya bagi ktorg agak mahal sebab kat tempat lain dalam RM16.00 seekor je. Bila aku mintak sos lebih, budak yang tukang jual tu cakap tak boleh sebab 1 ekor ayam untuk 1 sos je. Tapi yang beli ½ ekor tu boleh plak dapat 1 sos kan. Ini sudah satu penipuan ni.

2.       Kuih-muih dah jatuh 50 sen sekeping. Nasib baik tekak boleh terima lah. Tak de lah sedap mana but boleh di makan.

3.       Nasi lemak berlauk tu plak harga tak konsisten. Memula pakcik yang jual tu cakap aku punya RM4 then bila kira balik dah jadi RM5. Terus aku tanya lagi sekali, then barulah dia cakap ops salah kira plak. Ishk kalau aku tak tanya harus dah aku kena tipu ni.

4.       Putu piring plak memang sedap tapi gulanya sket sangat. Tepung je lebih, bahan sedikit sangat. Last-last aku makan tempat yang ada gula je, yang ada tepung tu aku biarkan.

5.       Lemang dan rendang memang sedap. Dah teragak tu beli lah kan. Rendang tu diorg banyak letak tetel dari daging. Sebab tu murah kot. Aku cicah kuah je, tetel tu aku biarkan.

6.       Air tebu, Mr Big tenguk sorang je coz aku tak berapa minat sangat. Dapat satu jug bolehlah untuk penghilang dahaga.

Hah, itu jelah yang aku boleh bagitau tentang bazaar ramadhan ni. Rasanya tempat lain pun sama kot. Ada mahal dan ada juga yang murah.

Bagi aku, kalau nak berniaga tu jangan tipu pelanggan ye, tak berkat nanti duit yang korang dapat tuh. Biar mahal sket tapi sedap, layanan bagus. Ramai orang akan singgah gerai korang.

Aku tanya Mr Big, nak beli tak ayam golek kat sini lagi? No way, cukuplah sekali katanya.

Ha, kan dah rugi satu pelanggan.




9 comments :

JMR said...

aym golek rm25 sekor? perghh..kt KD ni baru rm16..

Ma'am IEDA said...

betul tu betul.. x berkat rezeki kalu tipu customer...

Saya Disini said...

mahainye

transformed housewife said...

bazar Ramadhan kat Kelana Jaya ni pun mahal. Selalu terkena yg dah basi pun ada. MMg sakit hati dan tak pegi lansung dah.

Myvitrd said...

Mak ai.. sekali keluar gi bazar RM52 habis ye.. mahalnya.. kalau saya selalu budget dengan wife tidak lebih dari RM20 sehari.. sebab kalau beli banyak confirm membazir sangat..

hazman aka species1980 said...

tapi serius la ayam golek tu memang mahal giler....kekadang harga bazar ramadan lagi mahal dari pasar malam padahal makanan lebih kurang je standardnya

liza♥aufa said...

kaya la org bazar ni. leh pakai bmw la lepas pose ni haha

liza♥aufa said...

kaya la org bazar ni. leh pakai bmw la lepas pose ni haha

FiSh. ohFISHiee said...

dah lama tak try putu piring dah :) nampak sedapnyer...

Latest: Where to Go for Raya?