Wednesday, August 15, 2012

Jom Sertai Pencarian Hos Pantene Malaysia Kini Kembali Lagi!

Hi Korang,

Korang rasa korang berbakat tak nak jadi pengacara? Aku takdelah. Setakat cakap kosong tu boleh lah kan. Hakhakhak

So sesiapa yang berbakat dan beraspirasi untuk menjadi seorang pengacara!

Korang yang anak-anak dara mesti suka kan contest cam nie, 

Procter & Gamble Malaysia (P&G) sekali lagi bersama-sama Media Prima menganjurkan pencarian bakat hos yang paling memberangsangkan- Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 (juga dikenali sebagai Pantene ASK Host Search Season 2). Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat yang tersembunyi di seluruh Malaysia untuk memenangi peluang keemasan menjadi hos bersama Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 Red Carpet pada bulan November.


Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 dilancarkan secara rasmi pada hari ini oleh Cik Ellie Xie, Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura serta Cik Shareen Ooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Television Networks & altMedia, Media Prima Bhd.


Berhubungan objektif P&G untuk menganjurkan pencarian hos ini, Cik Xie berkata, "Orang yang berbakat memang banyak di Malaysia dan kami ingin merealisasikan impian hos TV yang berwawasan. Kami mencari keyakinan dan dengan inilah, jenama seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders bersama-sama membantu mereka mengorak langkah ke hadapan. Kerjasama bersama acara berprestij seperti Anugerah Skrin Kebangsaan pasti akan menjadi batu loncatan untuk sesiapa yang serius dalam industri ini."

Tambah Cik Xie, "Pada tahun ini, kami menjadikan pencarian ini makin menyeronokkan dan mencabar. Bukan sahaja untuk wanita, tahun ini kami mengalu-alukan penyertaan dari wanita dan juga lelaki."


Pemenang Pencarian Hos Pantene Pantene ASK 2011 - Cik Nik Husna Nik Ali menjadi pengacara majlis pelancaran pada hari ini. Nik Husna juga berkongsi pengalamannya dalam pertandingan tahun lepas dan juga tip-tip persediaan untuk menghadapi tugasan bersiri setelah tersenarai. Cik Nik Husna sekarang menjadi hos untuk beberapa program televisyen dan juga pengacara untuk pelbagai acara pada masa lapang.

Bermula pada 24 Ogos, Siri Jelajah Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 akan diadakan di lokasi dan pada tarikh seperti berikut selama enam hujung minggu berturut-turut.

Tarikh Lokasi Uji Bakat

24-26 Ogos - Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Kuala Terengganu

1-2 September -  Giant, Kota Damansara

8 - 9 September -  Pasar Raya Besar Borong MYDIN, lpoh

15-16 September - Giant, Tampoi, Johor

22- 23 September - Pasar Raya Besar Borong MYDIN, Subang Jaya, USJ

29 - 30 September - Giant, Shah Alam

Untuk menyertai pertandingan ini, anda cuma perlu membeli sekurang-kurangnya RM10 barangan produk rasmi pertandingan iaitu Pantene, Olay, Oral-S, Gillette dan Head & Shoulders di mana-mana kedai atau pasar raya di Malaysia.

Selain daripada peluang untuk menjadi hos-bersama Anugerah Skrin 2012 Red Carpet, juara juga akan memenangi makeover, dua pas Parti Post-ASK (ASK After Party), piala, hadiah hamper barangan P&G dan sepasang jam tangan Titoni yang setiap satu bernilai RM 2,631 .


Selain daripada pencarian hos, Pantene juga memberi peluang kepada para penguna untuk memenangi pas percuma untuk menghadiri majlis berprestij tersebut. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar SMS ke 39993 dan menyatakan sebab anda ingin menghadiri Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 dengan Pantene. Bukti pembelian sekurang-kurangnya RM 10 daripada pilihan produk rasmi adalah diperlukan.

Lapan pemenang cabutan bertuah akan memenangi dua tiket VIP ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012, sebuah jam tangan Titoni dan juga peluang untuk mengenal selebriti kegemaran mereka pada jarak dekat pada malam yang berprestij ituTerdapat juga 50 hadiah sagu hati hamper P&G dan dua tiket penyokong ke Anugerah Skrin Kebangsaan 2012 menunggu anda!


Rebutlah peluang untuk menyertai acara penuh kegemilangan ini dan muncullah sebagai bakat baru hos Malaysia bersama Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Untuk maklumat lanjut tentang terma dan syarat penyertaan, serta lokasi siri jelajah dan aktiviti, sila layari Iaman web www.tv3.com.my/ask2012.



3 comments :

Errah said...

tak berbakat la clp..dah la xberbakat, rupa pun xder.hehe...kita tgok sape yg trpilih nanti..=)

- zuriey - said...

nak tiket je boleh?hehe

Nurul Akmal said...

Tidak layak ler... huhuhu