Thursday, August 16, 2012

DiGi Buka Puasa @ Marmalade Café, Bangsar Village 2

Hi Korang,




Dah nak hujung-hujung Ramadhan ni, dapat lagi invitation berbuka puasa dari DiGi. Thanks Nuffnang coz sudi lagi ajak aku kan. Suka sangat. Dah 3 tahun aku dapat invitation dari DiGi ni lah.



As usual aku  mestilah orang yang pertama sampai dulu. Punctuality tu kan memang penting bagi aku. So sementara tunggu orang lain sampai, sempat jugak aku check Marmalade Café ni. Comey gak tempat ni, cozy sangat. Simple je decorationnya, aku suka sebab ada bunga daisy cantik ni.




So sebelum buka tu, sempatlah ktorg snap beberapa gambar makanan.Walaupun menunya simple but memang sedap lah. Western cuisine yang sedap.



Kemudian lepas makan, ada product briefing dari Cik Aisha one of DiGi staff mengenai product DiGi Smart Plan ni. Kemudian ada tweet contest mengenai #DGInternetroaming. Hah memacam ayat kreatif keluar untuk tweet. Tergelak-gelak  masa nak menaip kan.


Acara yang tunggu-tunggu iaitu games. Ktorg dibahagikan kepada 4 kumpulan dan kena buat task seperti masukkan bola pingpong dalam mangkuk, sport pose dan tweet trivia. Hah bersungguh-sungguh each team untuk settlekan task kan.


Aku dalam #DiGi Team 2 bersama dengan Yana Yassin, Pen Merah dan Zurie termasuk dengan Aisha (DiGi team). Memang kelakar  tak ingat lah. Cam ne nak kena pose, cam ne nak main bola.


Abis main game, rileks kejap. Ada hati sambung makan lagi. Memang dasar pelahap sungguh kan.


Masa yang di nanti untuk mengetahui sapa yang menang. Ermm ktorg memang tak de ‘Ong‘ lah. Kalah dengan Team 3. Alah tak per lah tak de rezeki nak buat cam ne kan.


Anyway terima kasih kat DiGi dan Nuffnang coz sudilah menjemput lagi aku ke Buka Puasa untuk tahun ni. Hopefully tahun depan dapatlah invitation ek.

CLP notes : Sampai sekarang still sentap denGan Zaid coz kalaH tak dapat travel bag tu tau. ehehehh jangan marah ye Zaid






4 comments :

Afasz said...

dah dpt invitation dah kira untung la kak :D

lain kali dpt la beg tu

Fazrol said...

Nuffnang ada call.. tapi dah balik kampung.. he he..

hazman aka species1980 said...

nampak simple je tapi yang penting digi nei rajin kasik goodies dan hadiah... aku minggu keje petang so memang terpaksa tolak invitation

Nurul Akmal said...

meriahnyer... Banyak game plak tu... :-)