Tuesday, August 7, 2012

P&G, Giant and Guardian Charity Event - A Special “A Gift Of Learning” RM200,000 Cheque Presentation Ceremony


Hi Korang,

Dalam bulan puasa ni sempat juga aku hadiri majlis penyerahan cek daripada P&G, Giant dan Guardian ke 8 buah pusat Kanak-Kanak Istimewa di seluruh Malaysia di The Caterpillar, Sri Hartamas.


Pihak P&G, Giant dan Guardian mengumumkan bahawa inisiatif komuniti 2 bulan berkempen dalam ‘Sumbangan Ilmu’, mereka Berjaya mengumpulkan sejumlah RM200,000 melepasi RM150,000 sasaran asal yang ditetapkan. Sumbangan diterima menerusi jualan produk-produk P&G seperti Pantene, Olay, Rejoice, Head & Shoulders, Clairol Herbal Essences, Whisper, Downy, Gillette, Oral-B, Ambi-Pur, Febreeze, Dynamo  dan Fab di Giant dan Guardian di seluruh negara.


8 buah pusat kanak-kanak iaitu Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, Tasputra Perkim, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang, Persatuan Kanak-kanak Spastik Pulau Pinang, Persatuan untuk Insan Bermasalah Intelektual Perak, Persatuan bagi Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor, Pusat Seri Mengasih Sabah dan Persatuan Autisme Kuching, masing-masing akan menerima sumbangan berjumlah RM25,000 yang akan digunakan untuk latihan dan terapi di pusat yang berkaitan. Adalah di anggarkan bahawa lebih daripada 1,000 orang kanak-kanak istimewa yang mengalami ketidakupayaan belajar akan menerima manfaat daripada sumbangan ini.




Majlis ini dimulakan dengan kelas seni di mana kakitangan P&G, Giant and Guardian membantu kanak-kanak ini dengan kebolehan istimewa mereka dengan melukis, mewarna dan pelbagai lagi. Kemudian mereka juga dihiburkan dengan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan lagu nyanyian bersama yang menghiburkan semua supaya para tetamu di beri fahaman yang lebih mendalam tentang pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kanak-kanak ini di dalam kehidupan harian mereka.


Kemudian barulah di adakan sessi penyampaian cek kepada 8 buah agensi yang terbabit. Rata-rata mereka sangat gembira dengan sumbangan yang diterima dan akan menmanfaatkan sebaik mungkin untuk kegunaan kanak-kanak istimewa ini.


Program P&G Open Minds merupakan sebahagian daripada matlamat korporat global P&G iaitu ‘Live, Learn and Thrive’ yang memberi focus terhadap usaha-usaha kemanusiaan jenama P&G, kakitangan dan asas korporat di dalam meningkatkan taraf hidup kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan semenjak bayi sehingga berumur 13 tahun. Di Malaysia, Open Minds meneruskan focus untuk membantu dan meningkatkan kualiti masa depan kanak-kanak istimewa ini dengan menyediakan pembelajaran khusus dan kemudahan yang diperlukan.


Terima kasih di ucapakan kepada Ms Hui Ping dan teamnya yang sudi menjemput aku ke charity event sebegini. Moga-moga kalau ada event sebegini harap di jemput lagi hendaknya ye.



1 comment :

Azham Vsvc said...

syukur alhamdulillah, seronok sgt dpt join aktiviti charity mcm ni....