Thursday, August 2, 2012

Pengalaman Sakit Di Bulan Puasa


Hi Korang,

Pernah ke korang alami sebegini? Selain daripada gastrik tipu dan period lah kan. Ishkk tak kira ye

Bagi aku ini yang pertama kali dalam seumur hidup aku. Amat menyakitkan.

Memang kebiasaan orang perempuan yang puasanya tak pernah cukup di bulan ramadhan ini, kalau yang cukup tu baguslah. Aku pun cam tu jugak memang tak terlepas.

Normally simptom-simptom sakit pinggang, sakit belakang, perut sakit, perut kembung memang sinonim dengan kita-kita ini so aku pun tak de kisah sangat. Struggle je dengan segala ubat yang ada, bila sakit telan je.

Tapi kali ni sakit kat tempat lain plak dengan erti kata lain sakit di tempat yang tak sepatutnya. Eh, tak leh nak bagitau korang kat mana but dekat-dekat situ gak lah. Yang jadi bertambah sakit, bila bergerak badan, nak batuk, nak diri, nak bongkok rukuk lagi secara automatiknya tempat tu pun sakit.

Bayangkan betapa azabnya sampai rasa dah jalan cam robot di buatnya. Slow dan tegak je.

Dek sebab 2-3 hari aku tahan sakit ni sebab malas nak ke klinik, hari ke 4 Mr Big dah bising suruh pi klinik gak sebab dia cam tak sanggup tengok orang umah dia berterusan jadi robot kan.

Lepas je doktor check sana, raba sini, rasa situ, ambil air kencing untuk testing baru tau rupanya aku kena penyakit lain rupanya. Disebabkan aku ni agak lembap sket time bulan puasa doktor tu pun duk explain 2-3 kali.


Cam ni doktor tu explain ye,

Kurangnya air dalam badan boleh mengakibatkan jangkitan kuman di bahagian yang tak sepatutnya tu. Bila kita kurang minum air time bulan puasa ni, bahagian area buah pinggang tu agak susah nak proses yang sepatutnya. Flownya terganggu ini menyebabkan bakteria boleh sampai ke situ. Tapi kena jaga-jaga jugak sebab bila bakteria dah masuk ke area ini kemungkinan pembentukan batu karang juga boleh berlaku.

Hah, takut tak ?

Once bila aku dengar je doktor tu cakap terus je aku mintak dia ubat yang betul-betul powerful untuk hilangkan sakit ni. Ingatkan sakit biasa-biasa je rupanya ke arah kronik tuh.

Now, ada kurang sket pas makan sebeban ubat yang doktor bagi tu kan. Rehatkan badan kejap dan terus zzzzz..

Lepas ni kalau ada sakit yang cam nie lagi, memang aku terus je pi klinik tak nak tunggu-tunggu lagi. Takut makin buruk jadinya kan, memang pengajaranlah bagi aku yang suka berlengah ni kan.


5 comments :

Ma'am IEDA said...

batu karang ? silap ari bukan kena masuk sepital. huhuu.. take care Cik Lily!

Anis Athia said...

uisy, bahaya jugak tuh..take care ye kak lily :)

wandisini said...

semoga cepat sembuh

ak yuyunz said...

get well soon cik lily.. i pun haritu sampai 2 hari tak boleh puasa sebab gastritis sampai diarrhoea and muntah-muntah.. tak expect macam tu punya teruk. isk..

Errah said...

selalu jgk sis...i lak krg minum air masak.bla buka je mnum air mnis, pstu air msak mnum sikit jer..kencing jd xlawas n rsa sakit je kt ari2..cek2 dktr ckp air kncg kotor n kne jga2..takut menjadi btu karang gak..dpt lak ubt air yg masam gile bt cuci air kotor tuh sabo jelah..