Thursday, August 18, 2011

Sayangi Kereta Anda : Jangan Sayang Sangat Nak Bagi Signal

Hi Korang,

Bertemu kembali dalam segmen sayangi kereta anda. Rasalah lama betul aku dah tak tulis pasal kereta ni kan.So meh lah kita sambung citer lagi.

Hari ni aku nak citer pasal...

Signal Kereta

Agak-agak kalau kita beli kereta baru, ada tak dalam kereta tu signal kereta. Of course lah ada kan. Belum pernah aku dengar lagi orang beli kereta tapi tak de signal kereta kan. Menipu namanya kalau tak de.

Sebagai pengguna setia lebuhraya KL - Seremban ni aku nak citer lah hal signal ni. Bukan apa, bila dah ada tuh tolong lah gunakan. Jangan lah menyusahkan driver yang lain. Especially bila nak masuk simpang. Aku banyak perhatikan majoriti driver2 kurang gunakan signal kereta ni. 


Kalau overtake tuh, lagi lah kan. Bila nak potong tuh, terus je masuk mendadak dengan tak tengok kereta belakang kan. So kita yang kat belakang nie kenalah mengalah kan sebab takut berlanggar. 

Aku pernah tengok accident yang puncanya daripada tak bagi signal. Kadang-kadang kita ni tercongok lah depan simpang nak kuar tapi tak boleh kan sebab banyak sangat kereta. Tapi kereta2 tu senang je masuk simpang tanpa bagi signal. Kan dah rugi time kat situ. Itu yang sesetengah driver jadi tak sabar dan terus menerpa untuk kuar simpang, so jadilah kejadian yang tak ingin berlaku.

So aku harap lepas korang baca luahan hati aku pasal signal ni, diharapkan korang lebih effisien lagi bila bawak kereta kan. Tapi attitude manusia ni susah di sangkal kan.

Bersopan-santun di jalan raya okeh.. Dah nak raya nie.. jaga diri dan kereta tau


P/S : Pics from Google

5 comments:

KiD said...

ermmm.. saya pemandu berhemah.. selalu bagi signal.. hehehee

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

btul2..signal itu penting.gunalah sebaiknya.tak habis pun bateri kete tu.huhu~

e.l.i.s.s.m.i.e said...

entry me yang ada iras dengan entry ni :)

http://www.elissmie.com/2009/02/signal-tak-reti-nak-beri-ker.html

nurayunni said...

sokong!

h4ni3 said...

kat bangi ni ramai jer yg dapat 'lesen terbang'
huhu`

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails