Monday, August 8, 2011

Kulit Kekal Muda Dengan L'Oreal Revitalift Night Essence


Hi Korang,

Selalunya sebelum tidur, korang pakai tak krim muka? Tak kira lah krim muka untuk putih ke, hilangkan jerawat ke kan. Mesti pakai, betul tak? Aku pun sama. Nak cantiklah kata kan. 

Banyak jugak krim muka malam yang aku dah cuba dan resultnya ok ok je. Sekadar untuk perlindungan kulit luar muka je lah. Tapi yang bahagian dalam plak cam ne ek? Ermm untuk itu L'Oreal memperkenalkan 


New Revitalift Night Essence dengan anti penuaan dan dapat menegangkan kulit.

Bila kita ni umur dah meningkat so memacamlah yang jadi kat kulit kita kan. Jadi L'Oreal Paris telah dapat mengesankan 8 tanda-tanda penuaan di bahagian muka dan leher kita orang pompuan ni kan, iaitu:-


1. Dahi
2. Di antara kening
3. Kelopak mata
4. Bahagian tepi mata
5. Pipi
6. Di bahagian tepi mulut
7. Rahang muka
8. Leher

Hah, bukan main banyak lagi kan. Itu yang kita tak perasan tuh. Tempek je kat muka tapi tak tau apa function. 

Macamana kedutan terjadi ek?
Bila kulit epidermis semakin menipis, dermal fibers menjadi kecut dan epidermis dan dermis sudah tidak seimbang lagi. Hah cam tu lah kedut terjadi.


REVITALIFT Intensive Night Repair Essence ini mempunyai kandungan DERMALIFT dan juga Pro-Retinol A yang dapat menganjalkan kulit dan juga melawan penuaan secara terperinci. 

Dengan gunakan REVITALIFT Intensive Night Repair Essence ini, ianya akan dapat memperbaiki kulit muka kita secara semulajadi, seperti:


Serum yang unik
Titisan yang berbentuk air yang menggalakan ia bergerak lebih pantas menyerap ke permukaan kulit muka.

Keputusan yang menakjubkan
Kulit muka mula berubah pada keesokkan paginya secara perlahan-lahan dan hari semakin hari kulit muka akan berseri dan segala kedutan mula berkurangan.


Kalau nak lebih berkesan, boleh lah cuba L'Oreal dari Dermalift Range ni. Alahnya bukan mahal pun, harga berpatutan tau. 

2 comments:

hazman aka species1980 said...

hurmm.... aku masih pakai bedak sejuk je sebelum tido....huhuhuhu

isabelle said...

aku baru dok tercari2 produk utk fine lines bwh mata ni. yg mana satu dlm range tu yg ko nak rekmen, lily?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails