Sunday, August 28, 2011

Sunday Post : Subuh Hari Dah Berjalan

Hi Korang,

Hari ni sesubuh hari dah kuar berjalan dah. Pergi keje pun tak macam ni bangun punya awal. 

Mak aku ajak pi pasar tani Alor Gajah. Apalagi shopping barang-barang untuk nak masak lah kan. Tak payah nak tulis list bagai, semuanya dia dah ingat.

Subuh kan, betul aku tak tipu okeh

Sesampai je, orang dah pun ramai. Oit biar betul diorg nie. Mak aku pun start order, daging 5kg, limpa 2kg, paru 2kg. Terperanjat gak aku dengar. First time dia beli daging bebanyak cam nie. Yelah nak masak memacam kan. 

Tengok rangka lembu ni, besau sungguh

Orang-orang yang datang beli pun bukan main calang2 lagi. Semuanya order berkilo-kilo tak dengar aku dengar nak 1 kilo. Rasanya paling sket beli mak aku kot. 

Harga kawalan daging lembu untuk raya nie:

Daging batang pinang : RM22.00 sekilo
Daging biasa : RM20.00 sekilo
Hati lembu : RM20.00 sekilo
Limpa / Paru : RM20.00 sekilo

Hah harga tu aku baca kat papan tanda kat pasar tani tadi. Mahal siot, kata mak aku sebelum puasa dulu RM18 je sekilo. Ala dah nama pun raya kan. bagi chance sket lah peniaga nak untung.

Rasanya bertambah lagi lemak aku bila nak keje balik ni. Yelah hari2 bedal daging masa raya kan.

Ok ok, daging dah siang now nak potong ayam plak.

Anyway, 

Happy Sunday Korang



3 comments :

JMR said...

wahh..biru tol langit subuh kt kg cik lily..hehehe

KiD said...

terbaeekk laaa batang pinang..

hazman aka species1980 said...

sure sedap rendang yang ko masak kan.....