Sunday, August 21, 2011

Sunday Post : Siapa Peduli

Hi Korang,

Meh aku nak citer sket pasal ada satu album ni.

Album terbitan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang berjudul 'SIAPA PEDULI' yang memuatkan 10 buah lagu termasuk sebuah puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said mengandungi lagu-lagu khusus mengenai Palestin dalam pelbagai sejarah penting perjuangan Palestin.


Dana ini akan digunakan untuk pembinaan Hospital Kanak-Kanak di Gaza kerana separuh daripada populasi Gaza adalah kanak-kanak.

Di antara penyanyi yang menjayakan album ini ialah Mawi, Azhan, Putera, Mila Jay Jay, Liza Hanim, Syafinaz, Alyah, Hafiz AF dan Datuk A Samad Said yang menyumbang satu puisi yang bertajuk 'Anak-anak Palestina'


Aku dah dengar dah semua lagu dalam album ni ternyata lirik-liriknya sangat menyentuh hati dah jiwa aku lah. Yelah dalam bulan-bulan puasa ni kita bukan main sedap makan sana sini dengan juadah yang enak but mereka kat Palestin ni terpaksa redha dengan apa yang ada di sana. So apa salahnya kan....


So korang, meh la kita reramai beli album ni dan dengar sendiri lagu-lagu yang dimuatkan dalam album nie, bukan apa dalam bulan-bulan puasa ni baiklah jugak kita menderma kan. Alah bukannya mahal pun cuma RM21.90 dan kesemua kutipan album 'SIAPA PEDULI' ini akan di salurkan ke tabung GAZA.


So apa salahnya kan..

2 comments:

KiD said...

siapa peduli? menarik sungguh tajuknya... :)

hazman aka species1980 said...

yesss.... kenalah menderma ketika ada rezeki lebih....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails