Tuesday, August 16, 2011

RADOSTAR PRIZE 2011 LEBIH BESAR, LEBIH MANTAP!


RADOSTAR PRIZE 2011 LEBIH BESAR, LEBIH MANTAP!
Pertandingan Seni dan Rekaan Menjanjikan Pengalaman Lebih Teruja untuk Penggemar Seni Reka & Pengundi Online 

 

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2011 – Rado, pembuat jam berwawasan dari Switzerland, sekali lagi menganjurkan pertandingan RADOSTAR Prize 2011 dengan tujuan merangsang dunia seni dan rekaan di Malaysia! Dahulunya dikenali sebagai The Rado Young Design Prize pada 2010, pertandingan ini memberi penghormatan kepada insan-insan berinspirasi dan inovatif yang berani mencabar penentuan dan batasan melalui kreativiti dalam bidang seni, pekerjaan serta inisiatif kesedaran, selain membuka peluang kepada golongan muda menyerlahkan bakat mereka untuk pengiktirafan masyarakat tempatan dan global.

 
Rado, ikon inovasi unggul lagi berkualiti, mempelopori penggunaan bahan berteknologi tinggi dalam pembikinan dan reka bentuk jam.  “Seni dan rekaan adalah sebahagian daripada falsafah kewujudan Rado. Sokongan kami dalam persada seni dan rekaan antarabangsa sebenarnya bukan sekadar menimbulkan kekaguman tetapi melangkaui batasan keindahan. Kami berazam memupuk Unlimited Spirit anak-anak muda, sekali gus memberi mereka inspirasi untuk menyumbang karya unik kepada dunia rekaan. Selaras dengan falsafah ini, kami juga bertekad mewujudkan platfom untuk mendekati lebih ramai pereka kreatif di merata dunia, justeru kami telah mewujudkan satu komuniti online di  www.radostar.com,” komen En. Bernard Yong, Naib Presiden Rado Malaysia.
 
Dengan tema baru Share Your Unlimited Spirit, pertandingan tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan lebih mantap, pasti hebat!
 
LEBIH BESAR.
Lebih banyak kategori akan diperkenalkan tahun ini untuk menjangkaui lebih ramai warga Malaysia yang menggemari seni dan rekaan, sekali gus menarik lebih banyak penyertaan. Daripada 15 kategori yang sedia ada - animasi, seni bina, digital, fesyen, reka grafik, barang kemas, ilustrasi, instalasi, lukisan, hiasan dalaman, fotografi, percetakan, produk, seni arca dan video – dua kategori baru, Seni Khat dan Rekaan Fabrik,akan ditambah pada tahun ini. Secara langsung, ini dapat meluaskan ruang bagi pelbagai hasil karya seni belum pernah dilihat yang dihasilkan oleh pereka berpotensi di Malaysia. 
 
 
LEBIH MANTAP.
Sistem keputusan markah lebih mantap akan dilaksanakan dengan melibatkan pengundi online dan juri profesional. Pemarkahan baru ini berdasarkan nisbah 30/70 – undian online 30dan undian juri profesional 70%.  Undian awam akan diambil kira dalam pemilihan lima peserta akhir. Selain itu, Rado akan memberi anugerah Pereka Pilihan berdasarkan jumlah undian awam tertinggi. “Rado memperakui undian awam sama penting dengan undian juri profesional. Kami menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengundi secara online, khususnya bagi penyertaan yang layak menang menepati tema Share Your Unlimited Spirit,” jelas En. Yong.
 

Bersama En. Yong, tiga lagi tokoh Malaysia yang tersohor dalam bidang masing-masing akan menyertai panel juri profesional. Mereka adalah Khoon Hooi, pereka fesyen terkemuka Malaysia; Benson Saw, pemenang anugerah dan pereka hias dalaman Malaysia yang mengendalikan perniagaannya di bandaraya London, Singapura dan Malaysia; serta Zanita Anuar, Pengarah Innovasi Muzium, Jabatan Muzium Malaysia.

Pemenang Tahun Lepas 'Shahrol' bersama dengan rekaannya
 

Pada tahun ini, Rado akan memilih tiga penyertaan terbaik daripada lima peserta terakhir, di mana Juara RADOSTAR Prize 2011 akan memenangi seutas jam tangan Rado dan wang tunai bernilai RM10,000 untuk bantu memulakan kerjaya atau perniagaan.  Naib juara pertama dan kedua akan menerima hadiah wang tunai dan seutas jam tangan Rado. Pengundi online juga dijemput menyertai proses menentukan keputusan.  Pengundi dengan jumlah undi tertinggi melalui  www.radostarprize.my berpeluang memenangi seutas jam tangan Rado. Hanya pengundi sah yang memberikan butir-butir tepat untuk dihubungi layak memenangi hadiah menarik yang disediakan, tertakluk pada terma dan syarat.
 

Pertandingan ini terbuka kepada orang awam yang berminda kreatif dan penggemar rekaan di mana semua yang berminat boleh mendaftar dan menghantar penyertaan secara online di  www.radostarprize.my sebelum 16 September 2011. Karya seni lima peserta terbaik akan dipilih dan dipamerkan di Concourse Suria KLCC bermula 20 hingga 24 Oktober 2011. Juara akan diumumkan di majlis penutup pameran pada  24 Oktober 2011.
 
“Pada tahun lalu, karya pemenang adalah sebuah rekaan perabot unik, berhias, berfungsi dan berbentuk daun paku pakis yang melambangkan alam semula jadi. Tahun ini bagaimana pula agaknya? Kami di Rado Malaysia begitu teruja untuk melihat sama ada penyertaan tahun ini akan mengatasi tahun lalu. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat  kesemuanya!” luah En. Yong.
 
Mengenai Rado
Sejarah Rado bermula pada 1917 di kota kecil Lengnau, Switzerland. Sejak diasaskan, Rado berterusan menghasilkan rekaan berinovasi yang mempesonakan pencinta jam tangan di merata dunia. Sejak 1990, Rado telah menerima lebih 30 anugerah rekaan antarabangsa.  Kini, terserlah sebagai perintis pembuat jam tangan Swiss, Rado dikaitkan dengan jam berkualiti berserta rekaan yang tiada tolok bandingan dan penggunaan bahan premium.
 
Mengenai Radostar.com
Radostar.com adalah komuniti rekaan online yang dikhususkan sebagai platfom penggemar seni dan rekaan dari merata dunia berkongsi hasil karya dan keghairaan mereka. Dengan kandungan seni dan rekaan yang amat relevan, dilengkapi ciri-ciri pelbagai jaringan sosial, Radostar.com menyediakan platfom digital baru kepada generasi yang bakal membentuk semula rekaan masa depan. Pelancaran rasmi Radostar.com telah berlangsung di Milan, Itali pada tahun lalu.  Terkenal kerana kehebatannnya merangsang inspirasi dan menyokong aspirasi, Radostar.com bertekad untuk menjadi komuniti rekaan online moden masa kini.

1 comment:

KiD said...

waaaaaaahh.. duta lagi nih.:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails