Monday, August 22, 2011

'R U Ready' Campaign & Music Video Contest Launch @Laundry Bar, The Curve

Hi Korang,

Last week sempat jugak aku ke Laundry Bar, The Curve iaitu majlis pelancaran kempen 'R U Ready' and Video Music Contest anjuran Prudential assurance Malaysia Berhad (PAMB). 

Sessi Q & A Media and BUSCO

PAMB sekali lagi memilih pendekatan lain daripada yang lain bagi meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan generasi remaja dengan melancarkan perduan klip video 'R U Ready' yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM30,000. Ianya berdasarkan lagu 'R U Ready' yang dicipta bersama Prudential dan kumpulan muzik indie tempatan 'BUSCO'. Coretan lagu itu telah dipromosikan di udara sejak 25 Julai 2011.

DJ Ean from Hitz.FM as MC untuk event ni

Matlamat utama peraduan itu adalah untuk menggalakkan golongan belia supaya mula memikirkan pelan hayat mereka dan mengatur langkah bagi mencapai matlamat hidup golongan remaja ini.


"Setiap penyertaan terpilih akan memenangi RM1,000 tunai dan dimuatkan dalam klip video 'R U Ready' BUSCO, yang merupakan klip video pertama kumpulan itu" kata Ms Fiona Liao, Pengarah Penjenamaan dan Komunikasi PAMB


Penyertaan boleh dibuat melalui laman web Facebook 'R U Ready' di www.fb.com/rureadymy. Secara alternatif, gambar atau video berkenaan juga boleh di hantar melalui MMS ke 36633 atau email kepada contest@ruready.com.my. Tarikh tutup peraduan adalah pada 26 September, 2011.


So terima kasih Prudential kerana sudi jemput ke press launch nie. At least kenal jugak aku dengan BUSCO tu kan. 

Apalagi korang meh lah join contest nie, senang je amik gambo dan upload je..

1 comment :

hazman aka species1980 said...

aku perasan....lately nie dah banyak company gunakan FB sebagai platform diorang buat marketing....