Thursday, December 8, 2011

Sayangi Kereta Anda : Lampu Handbrake Menyala


Hi Korang,

Rasanya lama betul tak tulis pasal kereta ni. Walaupun hari2 berkereta tapi hati belum ada niat nak tulis hingga ke hari ini.


Ada beberapa readers aku sibuk bertanya kan pasal masalah2 kereta ni. Aku  bukan lah mekanik but aku boleh tolong usha2 kat mamat yang selalu betulkan kereta aku bila ada problem kan.

Ada seorang reader ni, Cik Atin namanya bertanyakan masalah.



Hah ko, tergamam sekejap aku baca kan. Ok ok mei wen ti (no problem). Aku akan referkan soalan Cik Atin kita ni kepada yang pakar.


Di antara pendapat yang aku berjaya cungkil dari mamat mekanik aku nie ialah :-

  1. Suis Brek Longgar / Tercabut
Cuba korang angkat penutup handbrek tu coz kat bawah tu ada satu suis. Maybe suis brek tu wayarnya tercabut or terlonggar kan. Then korang adjust lah sket. Mesti ok kot

  1. Minyak Brek Dah Kering Kontang
Ini pun penting ni wei. Cuba korang bukak bahagian enjin kereta tu, tengok sebelah kiri (kalau kereta korang sama dengan kereta aku). Nanti korang leh perasan ada satu tabung tutup warna putih. Buka dan tengok paras mana minyak brek korang. Adalah bawah dari paras yang sepatutnya atau kering kontang atau pun leaking dah tabung tu.



Hah apa macam, paham tak explaination aku tu. Senang kan ? Aku suggestla  korang pi kedai dan ask them to check 2 mende yang aku bagitau tuh. Kalau betul mende2 tu yang rosak, please tanya dulu apa yang patut dibuat dan berapa harga untuk servicenya dan kalau boleh please survey a few workshop dulu sebelum buat.

Kita sebagai orang perempuan ni  janganlah  nak buat sendiri unless korang confident yang korang tahu apa nak buat. Takut-takut lain yang di usik lain plak jadinya kan. Aku kalau ada problem je dengan kete pi lah duk berumah tangga kat workshop tu kan. Tanya situ tanya sini, then kalau dah puas hati barulah tukar apa yang sepatutnya

Ermm pas ni kalau ada apa2 problem lagi pasal kereta meh bagitau aku ek. Mana tau aku boleh tolong usahakan cari penyelesaian kan.

Selamat menjaga kereta.



4 comments:

Fazrol said...

Lepas nie apa2 leh tanya kat sini ye... He he..

CintaZulaikha said...

bagosssssss btol info..suka

JMR said...

lama2 cik lily leh jadi CarCare Blogger lak nih:-)

hen party said...

I'm not even sure how a handbrake is hooked up or the mechanisms by which it operates. My handbrake is getting weak and I was just wondering how much it costs to replace it?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails