Tuesday, December 6, 2011

Tak Sangka Ombak Rindu Berkesudahan Begitu Je!

Hi Korang,

Dapat jugak aku pi tengok filem Ombak Rindu ni weekend lepas. Ye aku pi tengok sengsorang coz Mr Big bukan minat citer2 cinta nie. So dia allowed aku pi tengok. 


Masa aku pi tengok tuh tengahari time keje, ingat kan tak lah ramai orang kan. But tekaan aku salah, rupa-rupanya pecah panggung, ramai giler orang.  Majoriti pompuan je dan ada gak lah lelaki2 yang duk temankan makwe diorg kan. Sebaris dengan aku semuanya pompuan yang dah siap sedia dengan tissue kat tangan. Memasing dah standby sebab mesti nangis punya lah kan.



Ok ok, penat membebel, meh layan Sinopsis Filem Ombak Rindu


Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
 
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. 

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?


Rasanya semua dah tau kan serba sket mengenai filem Ombak Rindu ni. La tak kan korang tak baca novel nie dulu time sekolah. Aku siap khatam 2-3 kali nak bagi fahamkan jalan citer.

Ini yang boleh aku rumus kan :-

1. Jalan citer tip top. Senang nak paham. Kisah cinta bersegi-segi. Mila suka Hariz, Hariz sayang Izzah, Mail suka Izzah. 

2. Lokasi dalam filem nie memang cantik-cantik lah. Especially Ombak Villa tuh. Pandai PM cari lokasi kan. Sawah padi pun cantik gak, nyaman je mata memandang. 

3. Aaron Aziz memang buat aku terjatuh cinta dengan watak Hariz tuh. Romantik giler arh. Bila aku citer dengan Mr Big pasal nie, dia cakap apa 'Kang I romantik sangat, takut U rimas plak kan' Ishkk potong betul lah laki aku nie.

4. Maya Karin memang kena dengan watak Izzah tuh. Lemah lembut je, tapi pasal tudung tu kasi up to date sket lah. Walaupun dia tu orang kampung tapi tak de orang kampung pakai tudung cam tu kan.

5. Lisa Surihani, walaupun garang cam ne pun dia tetap comel. Cute je aku tengok.

6. Sapa pilih Bront Palare? Memang totally cam orang kampung betul. Sesuai sangat. Romantik pun ye. Cool je. 

7. Baik pi tengok dengan kengkawan lah, baru datang feel nangis2 tu kan. Kalau pi dengan orang lelaki bagi aku agak payah sket nak melalak kan.

8. Aku cam tak caya yang aku boleh nangis gak layan citer nie lah. Walhal aku bukan geng kaki nangis kan.




So itulah serba sket aku leh citer pasal Ombak Rindu ni. Kalau nak tau kesudahannya best ke tak? Kawin ke mati ke, baik korang sendiri pi tengok kat panggung lah..


Best! best! best!



14 comments :

Kancilbiru said...

nak pegi nak pegi....esok malam...:)

teruja baca entry cik lily ni..hehe

Myvitrd said...

wife berkali2 ajak g tengok.. tapi aku ckp sekarang tengah tunggu hari aku tak bagilah g tengok.. takut terberanak dalam panggung.. hehehe.. so aku kata tunggu keluar dekat astro first.. nanti kita downloadkan.. hehehe

BeaN MorENo said...

hm...nanti layan astro first jelah...nak gi tgk tak sempat2

hazman aka species1980 said...

tapi serius beb....memang ramai orang nanges tengok citer nie....termasuklah aku...

sW33tdARLiNG said...

alahaiii bila aku dpt tgk? sure laki aku pun malas nak layan.. aku tunggu laa panggul cool down sikit

AyuArjuna BiGoshh said...

ingat nak komen tak best rupanya best...hahahahah

Alyza Fisol said...

best kan cite ni...sye yg ssh nak nangis pn, leh nangis tengok cite ni...sedih sgt...yg pasti pemilihan pelakon utk cite ni mmg terbaek la..sesuai je..

KiD said...

tengok citer ong bak laaah// hehhehe

MaryaYusof said...

Ala...tak berpeluang nak tgk...hrp2 ade la yg post movie ni kat youtube...bole gak tengok...huhuhuu

cosmocraze said...

Hehehe...memang setuju kalo gi ngan hubby, mmg susah sikit nak nangis. I selalu control sbb takut diketawakan hubby :p

Naemah Wahab said...

I pn sukeee sgt ngn watak hariz tu..and berjaya bwk hubby tgk wpon dia dtg untuk makan popcorn jee..

Naemah Wahab said...

I pn sukeee sgt ngn watak hariz tu..and berjaya bwk hubby tgk wpon dia dtg untuk makan popcorn jee..

madammondoq said...

i tengok meleleh tak ingat punya kak!! laling kat sebelah rilek jek kan.. hampeh tol.. huhu...

Mohd Azrul Aziim said...

dah tgk..best best