Monday, April 1, 2013

Nim’s Little Island Macam Makan Kat Pulau

Hi Korang,


Its makan time!

Aku dah lama search pasal Nim’s Little Island Restaurant kat Kajang ni. Ya ampun, tak ramaila orang tulis pasal kedai makan ni. So kenalah buat research sket mencari tempat ni.


So last week, tekad gak pi cari dengan Mr Big. Korang tau lah laki aku tu kan,pasal makan je dia no. 1.

Tengok map kat internet nampak cam mudah je, dalam kawasan Sungai Ramal Dalam dan dekat benau dengan umah aku ni. Ermm hampeh ko, sesat gak dibuatnya. Map tu kurang tepat. Menyusur dalam kawasan ni, mak datok banyak rumah orang kaya tuh. Nama je kampong tapi rumah ala-ala Country Heights wokeh.

Rupanya kedai Nim’s Little Island ni tepi jalan dan di tutupi dengan pokok-pokok beso. Kiri kanannya rumah orang, jawabnya memang tak perasan kalau korang melaju sakan bawak kereta.


Memasuk je, cari tempat duduk yang best sket. Nasib baik ada kosong tapi ada penghuni comel plak. Ada kucing putih yang duduk bertapa kat tepi kerusi panjang tuh. Ala tak per mak ok je noks.

Ok ok jangan nak membebel lagi cik lily oit, meh tunjuk apa yang dibedal malam tuh.


Soda Ceria 

Vanilla ice cream + sirap+ susu+ soda. Jadilah Soda Ceria, actually ada banyak soda laGi tau. Next time cuba plak.

Tempe Goreng  

Bukan goreng cam tu je tau, di salut tepung sket, not bad rasanya mengancam! Sambal cicaHnya pun terbaik

Malas nak makan western, so ktorg makan menu simple je

Tomyam Kelapa Muda

Lain daripada yang lain sket, ada rasa lemak-lemak kelapa tu. Isinya pun banyak gak, cedok-cedok ayam, cedok-cedok sotong kan.

Sup Sayur

Ntah kenapa mood Mr Big nak makan sayur plak, agaknya lemak dah banyak dalam perut kot. Tu yang nak kurang tu kan hehehehhe..dear jangan marah i ye..

Telur BunGkus

Cam biasa, isinya cam masak paprik Gak. Ayam banyak ooo. Sedap lah

Simple kan ! Lagi pun kira banyak lah tu makan.

ko teman ktorg makan tau..

Kucing putih yang duk sebelah aku tu memang baik nau. Duduk je tak mengacau langsung. So atas dasar kelakuan dia yang baik, aku bagi dia makan ais krim yang dalam Soda Ceria tuh. Hah ko abis sesudu dia jilat. Sedap agaknya, maklumlah ais krim vanilla kan ada susu sket.

Nak datang sini gak ? Ni alamatnya


NIMS LITTLE ISLAND CAFE
JALAN TERATAI KAMPUNG SUNGAI RAMAL
43000,KAJANG SELANGOR


Aku pun tak reti nak explain kat korang cam ne nak pi tempat ni. Kalau ada GPS coordinate aku dah letak gak. So usaha tangga kejayaan !

datanGlaH laGi ek,dapat makan ais krim sedap laGi..

Untuk nak tambah semangat korang lagi pi sini, makan kat sini murah wie. Semua yang ktorg makan tu tak sampai RM35 je tau

Hehehehhehhe

So kepada food blogger Hazman, mesti ko suke tempat ni lah coz ada ramai awek UKM dan UNITEN lepak kat sini memalam… hehehhe  dan blogger Jamar ko tak leh ikut ye, baik ko pi temankan awek kg pisang ko tu tau…

Selamat makan korang!


6 comments :

Sop said...

tomyam kelapa muda nampak menarik
nak kena rasa :)

wahida said...

sedapnya soda ceria tu...terliur tgk...huhu...


salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...nice blog!!

Anonymous said...

If some one wishes to be updated with latest technologies
after that he must be pay a visit this web site and be up to date everyday.


Feel free to visit my blog post - mederma stretch mark therapy

hazman aka species1980 said...

whoaaa....port baru la nie... memang boleh terjah laa....hahahaha

Cik Nurul Siezuka said...

Kak Lily murah kot harga dia, nampak pun sedap.. terliur dgn tomyam yg diletak dalam kelapa muda tu.. adooiii pagi2 dah tgk makanan sedap..

Mas Zull said...

assalamualaikum ciklily...sedapnya tengok tempe goreng tu...tengok semuanya buat terliur jer...:)