Friday, April 12, 2013

Pekena Sup Tulang Di Kala Hujan Lebat


Hi Korang,

2-3 hari ni hujan bukan main lebat lagi kan. Korang perasan tak? Siap setengah tempat kat KL ni di landa banjir teruk. Ishk seram nak merayap pi event lepas kerja ni, yelah takut tersangkut jem dan banjir plak.

Langsung tak balik modal dibuatnya.

So lepas keje baik terus balik umah, boleh gak kemas + basuh + masak apa yang patut.

Tapi aku tak masak pun, coz last weekend tak pi pasar so fridge kosong, kosong, kosong!(sila nyanyi cam Najwa Latif ye)

Sudahnya lepas maghrib terus je ke Koh Samui Seafood kat Seksyen 7 ni dinner kat situ. Malas nak pi SUP MELETOP yang aku pernah makan dulu,cuba kat sini plak. Orang pun tak ramai, so melambak seat.

Tak beriya sangat makan pun coz dah malam kan.


Ktorg order SUP TULANG, nasi putih sorang sepinggan dan TELUR DADAR kosong (tak nak bawang + garam). Sudah simple je


Memang lembut daging  kat tulang ni, mungkin lama chef ni rebus kot. Langsung tak de liat sana sini. Gigit dan terus telan, kunyah pun tak lama. Kalau order sup tulang kat kedai tomyam, mesti garnishingnya sama, ada celery, bawang, tomato dan bawang goreng. Mr Big cakap ni masak style orang Siam ni, kalau orang kita tak letak tomato dan celery but letak daun sup dan daun bawang.

Eh sedap plak, dari satu mangkuk tambah satu mangkuk lagi. Yelah cuaca sejuk, makan plak menda panas, haruslah jadi awesome punya.


Nantilah kalau aku rajin, aku masaklah SUP TULANG ni. Bolehlah tayang kat korang. Kalau nak resipi pi check kat blog Kak Ina KLDia ada resipi sup tulang ni.

Anyway, meh aku kasi TIPS LEMBUTKAN DAGING

Selain daripada gunakan pressure cooker cara mudah dan cepat, ada jugak cara-cara tradisional untuk lembutkan daging ni.

Ni aku senaraikan satu per satu, di antaranya:-

1) Time rebus daging nak lembutkan tu...letak seketul gula batu.

2) Masukkan biji kurma 4-5biji kedalam rebusan daging/tulang

3) Ramas nenas dan gaul bersama daging n perap sebelum direbus

4) Letak daun nangka dalam rebusan daging/tulang

5) Letak sudu dalam rebusan daging/tulang (ini biasa aku buat dah, memang lembut tapi lambat sket)

6) Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

7) Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

8) Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

Hah ko banyak tuh.

Biasalah bila sekali google je kat internet terus dapat tip-tips ni. Ramai gak yang dah tulis pasal tips masakan ni, kira senanglah sket untuk kita-kita yang kurang arif memasak macam aku ni jadikan panduan.

Apalagi balik umah terus tido kan, dek kekenyangan yang amat mendalam.

Selamat Makan Korang !


6 comments :

hazman aka species1980 said...

whoaaa...siap kasi tips lagi... lepas nei boleh ajak kengkawan datang makan kat umah

luqman zakaria said...

sedapnye sup tulang!

:: Riri-Fatieha ::~ said...

hahaha terliur.. haritu makan sup tulang kat bintang bistro sri kembangan sedap jugak...

Irene Dahayu said...

nampak sedapppp sangat..

boni kacak said...

pergh..terbaik sup tulang tu...

Mas Zull said...

assalamualaikum ciklily...petua yg baik ...;)