Saturday, April 6, 2013

PRU13 : Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)


Hi Korang,

Berita yang di tunggu dah pun di umumkan 2 lepas oleh Perdana Menteri kita mengenai pembubaran parlimen kan. Walaupun tak semua negeri but pilihanraya tetap akan di jalankan  anytime sebelum 28hb Mei 2013 secara automatiknya mengikut pembubaran di negeri Sembilan.

Nanti korang akan dengarlah menda-menda seperti penamaan calon, manifesto, perang poster, janji-janji manis, lobi undi, debat manifesto, kempen pilihan raya, symbol parti, rebut kerusi, VVIP melawat kampong. Itulah semua adalah di antara perkara-perkara yang akan berlaku dalam musim pilihanraya ni.

Ini merupakan kali kedua aku akan mengundi pada PRU13 ni.

Memang seronoklah coz perkara yang hanya muncul 5 tahun sekali gitu. Masa ni korang boleh dengar macam-macam yang di janjikan oleh setiap parti. Hehehehe. Betul lah wei.

Sebelum tu, korang ni dah daftar ke belum sebagai pengundi?

Ktorg berdua memang lama dah. Yang baru lepas 25 tahun cam ne plak? Baik lah korang pi mendaftar cepat, boleh tahu cam ne rasanya mengundi.

Bagi yang dah mendaftar jom semak kat mana tempat korang mengundi nanti ye. Jom semak secara online



Senang je, key in no kad pengenalan (tanpa – atau space) nanti keluarlah detailsnya

Tengok ni,



Ni Mr Big punya. Sepatutnya dia mengundi kat Parlimen Setiawangsa tapi dia dah tukar address rumah sekarang ni so mengundi untuk Selangor lah dia.

Kalau broadband dab abis quota dan lembap sangat nak surfing kan, korang boleh jugak semak daftar pemilih secara SMS.



Ini caranya:-

SPR SEMAK No. IC dan hantarkan ke 15888

Itu je pun cara nak semak daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke 13 ni

Daripada korang duk sibuk gossip-gossip pasal artis ni, baiklah pi semak daftar pemilih ni ye.  Undi korang tu yang akan menentukan nasib negara kita ni. Walaupun satu vote but impaknya ermm ntahlah aku pun tak pasti nak cakap cam ne.


Ingat, undi korang adalah rahsia. Fikir secara logik ye.

Even suami-isteri pun tak leh kongsi tau!

Aku nak pangkah parti Tupperware hehehehhehe, untung-untung dapat FREE Tupperware banyak kan…


2 comments :

Tuan Juhaida said...

tq share...

Amanda Suria said...

x sabar nak mengundi...saya mesti pilih