Saturday, April 20, 2013

Surat kepada PENCINTA KUCING Yang di Sayangi.


Hi Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik


Nama kita kucing comel. Hidup kita terbiar tau sama cam nasib kengkawan lain.

Huhuhu sedih kan.


Yelah nak bercakap pun tak reti inikan plak nak hidup berdikari, semuanya mengharap belas ehsan orang lain.

Nasib baik ada satu orang ni, nama dia Kak Wawa. Dia sudi nak tolong kita tau.

So Kak Wawa akan anjurkan CAT ADOPTION DRIVE bersama-sama dengan PAWS kat Jim’s Burgers & Breakfast Cafe nanti untuk membela nasib ktorg yang lemah tapi comel ni.

CAT ADOPTION DRIVE

Tarikh : 10th dan 11th May 2013

Time : 12pm – 6pm

Venue : Jim’s Burger & Breakfast,
No 1-07-01, Block 1, Presint Alami, Pusat Perdagangan Worldwide, Persiaran Akuatik,
Seksyen 13, Shah Alam Selangor



(Lokasi kedai ni – ikut jalan nak ke Tesco Extra dekat pusat akuatik tuh, nak lagi senang sebaris dengan GoodHope Hotel, mengadap jalan besar. Boleh nampak rumah-rumah beso yang cantik tu lah)


Kalau Kakak, Abang, Pakcik, Makcik peminat dan pencinta kucing comel macam saya ni ada FREE time jemputlah ke sini. Selain daripada dapat jumpa kita, dapat gak jumpa kucing-kucing comel yang lain sambil dapat make friends dengan pencinta kucing yang lain.


Kalau dah suka dengan kita, boleh bawak kita balik lah.  Kak Wawa dah siapkan makanan kita sekali. Royal Canin tuh, mahal dan berkhasiat wokeh. Lagi plak, kalau Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik nak bela kita, Kak Wawa akan bagi gift card RM30 untuk makan kat Jim’s Burger ni. Makan kat sini sedap tau, tak caya meh baca kat ENTRY Akak Cik Lily Putih ni. Dia tu kan kaki makan.

Lagi ramai datang lagi bagus tau sebab kengkawan kita ramai yang perlukan kasih sayang dari pencinta kucing macam Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik ni.

Mesti ktorg happy coz dah ada rumah baru, so boleh memain dengan gembiranya.


Jangan lupa, nanti datang ye. Lepas balik jejalan tuh pada 11th tuh, meh lah ke sini. Boleh gak makan-makan sambil main-main dengan kita.

Datang tau, kita tunggu....

Sekian.

Yang dahagakan kasih sayang,

Kucing comel dan kengkawan





5 comments :

Wawa Ariff said...

I am touched! Thank you kak lily;)!!
Terima kasih untuk blog kak lily ni.. Jadi pada hari event nanti, semua pembaca blog kakak yang datang ke Jim's akan menerima diskaun 25% untuk mana2 pesanan makanan. Pembaca hanya perlu memberitahu kami, 'CikLilyPutih.Com' semasa membuat pesanan.
p.s : tidak termasuk minuman dan untuk makan di Jim's sahaja.

~Wawa Ariff~
~Jim's Burger & Breakfast~

Anonymous said...

I love what you guys are usually up too. This type of clever work and reporting!
Keep up the wonderful works guys I've included you guys to blogroll.

Have a look at my web blog; mederma stretch mark therapy

Berita Kaki said...

saya suka kucing..meow meow..meow..hehehe...

Mas Zull said...

assalamualaikum ciklily...comel2nya kucing2 tu...geramnya rasa nak picit jer...:)

Amanda Suria said...

suka kucing..tp SA alergic ngan bulu dia...