Wednesday, April 10, 2013

Rumah Makan CIBIUK, Makan Ala Sunda Indonesia.


Hi Korang,

Sebenarnya dah lebih 5 kali aku ke Rumah Makan CIBIUK Malaysia ni, sekarang baru nak citer kan. 

Sila salahkan Mr Big ye. Dia kata kita cuba dulu semua signature dish diorg then baru you citer.


Sampai ke sudah, menu itu yang dia duk ulang –ulang order kan.



Restoran ni menghidangkan makanan Jawa Barat dan tarikan utamanya ialah sambal. Ada pelbagai jenis sambal yang di sediakan secara FREE. Sebab tu ianya di gelar kedai ‘Rajanya Sambal’. Masuk je depan pintu restoran ni, dah nampak pun booth sambal. Hah pilih yang mana satu korang nak cuba.


Tapi yang aku heran, tak pulak laki aku ni merengek kata pedas. Kalau tak pedas sket pun dah tak makan. Nampak lada merah sket, dia letaknya dalam pinggan aku.

Ishkk terkesima kejaplah. Pelik tapi benar.


Ini teh o kosong. Memang tak de gula langsung. Dihidangkan PERCUMA tau.

Dah jangan membebel lagi, meh tengok apa yang ktorg order ye

Nasi Liwet Kastrol Ayam Goreng RM 27.90 for 2 person 



Ada ayam goreng, nasi kastrol, tauhu dan tempe goreng, jengkol (jering) goreng, ikan sepat masin dan sambal tomato Cibiuk.

Cumi Crispy RM14.90 

memang betul-betul crispy, tepung nipis, kerak sedap

Talapia Goreng RM27.90 saiz kecil


Inilah dancing fish. Tilapia ni di belah tiga dan digoreng secara menegak dalam minyak panas. Sebab tu bila gigit ranggup yang amat.

Jus Mangga RM6.90 

Pekat, melekat sampai ke tekak. Manis medu. Pure mangga. Sedut-sedut tak abis pun. Sedapp


Alpokat RM7.90 

Ini favourite Mr Big. Avocado diblend dan di curahkan sos coklat ditepinya.Me Big pun pandai buat ni, tak caya meh KLIK kat entry SINI.

Nampak tak?


Memacam yang ktorg order. Giler banyak tapi yang ajaib tu semuanya abis. Aku ingatlah ada jin yang tumpang makan sekali agaknya, itu pasal semuanya abis. Licin. Tinggal tulang je.

Tengok ikan tu korang dah gedik-gedik nak ke sini kan, ini tompeknyo

Rumah Makan CIBIUK Malaysia

No. 1-G, JLN PUTRA 6,
TMN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
TEL : 012-4570061




Actually ada lagi menu dia yang best dan nampak sedap, meh tengok blog SUMIJELLY ni, dia pi makan dengan familynya. Nampak cam lazat je sate ayam tuh.

Selamat Makan Korang!

5 comments :

shila azizi said...

dekat je ni...boleh try nanti...

shila azizi said...

dekat je ni...boleh try nanti...

hazman aka species1980 said...

Dancing fish nie antara menu yang aku belum dapat peluang nak merasa makan lagi nie....

boni kacak said...

mak aih... nampak sangat-sangat menyelerakan... pergh..

Hazmin Hamudin said...

Harga boleh tahan gak mahal tu.. Sekali sekala ok la tu