Thursday, April 17, 2014

YEO’s 80 Days Drink to Cash, Mudah Betul Nak Menang

Hi Korang,

Sana sini orang duk heboh pasal contest ‘YEO’s 80 days drink to Cash’ ni, memana blogger yang attend event #SBB2014 haruslah lagi tau gamaknya. Aku ni baru je berjinak-jinak nak join wechat Yeo’s contest ni, ya ampun begitu mudah sekali uolls.


Tujuan utama pihak YEO’s mengadakan contest "Yeo's 80 Days Drink to Cash" adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan produk Yeo's terutama dari segi produk minuman mereka yang pelbagai. Antaranya adalah Justea, SoyRich, Yogurt dan Cintan. Yeo's juga ingin mencapai matlamat mereka dalam melebarkan sayap dalam bidang pernigaan hub makanan Halal di Malaysia.

Hah, ada paham dok?

Ermm nak bagitau korang yang minuman Yeo’s ni memang sedap lah. Aku pun dah terjatuh cinta dengan minuman ni tau especially air soya. Sedap tuh.


Semalam aku sempat hadiri YEO’s Prize Giving Ceremony di Espresso Lab, Bukit Bintang. Ermm belum abis lagi contest, pihak YEO’s dah umumkan sebahagian daripada pemenang untuk hadiah harian dan hadiah istimewa bagi contest ni.

Korang tengoklah gambar-gambar mereka yang menang ni. Ermm best tuh.

Pemenang RM10,000

Pemenang RM3,000

Pemenang iPad

Semua pemenang, ramai tu ek

Serius memang syiok abis.

Aku sendiri tak sangka sebegini mudah nak menang.

Korang pun still boleh join lagi contest ni tau, senang saje meh ikut beberapa step secara ringkas supaya cepat faham. Aku memula register semalam pun gagap jugak.

beli je air yeos ikut kegemaran korang

Cara mudah untuk sertai peraduan

1. Mesti ada WeChat account sendiri dan Join Yeo's Malaysia WeChat Official Account dengan scan QR Code. Kalau tak pun, search je ID: YeosMalaysia nanti jumpa lah

2. Dah jumpa tekan START dan register butir-butir peribadi korang

3. Yang ni kena buat keje sket, actually ada dua cara korang boleh gunakan. Bagi aku lagi senang ambil gambar je. Siapkan air kotak Yeo’s kat tepi korang coz korang kena ambil gambar code yang printed bawah straw tuh.


Meh sini aku tunjukkan contoh. 

4. Lepas ambil gambar tu, masukkan code dalam ruangan yang di sediakan dan kemudian jawab 1 soalan, then tada settle pun. Nanti korang akan dapat official note yang mengatakan korang dah hantar submission form.

Ermm itu lah, betul kan aku cakap mudah. Memang sangat mudah.

Setakat ini jumlah hadiah yang telah pun dimenangi adalah RM154,800 dan 27 iPads dalam tempoh 32 hari je tau. Tapi janganlah korang bimbang sebab YEO’s 80 Days Drink to Cash contest ni akan berakhir pada 31hb Mei 2014. Kiranya ada banyak masa lagi korang nak submit ek.

wei ni kite punye, nak pi beli sendiri la 

Lagi plak, korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan setiap hari bermula dari 12.01am hingga 6.30pm je. Eh ada lagi, masa ambil gambar tu,make sure korang tebuk minum dulu baru ambil gambar, kalau tak, ermm tak sah penyertaan korang tuh.

Ingat ye

Ni aku ulang lagi, hadiah-hadiah yang telah pun disediakan

HADIAH UTAMA
1 X RM 100, 000
9 X RM 1,000

HADIAH HARIAN (80 HARI)
1 X RM 3000
9 X RM 100

HADIAH ISTIMEWA
1 X RM 10, 000 X 8 TEMPOH CABUTAN
9 X iPads x 8 TEMPOH CABUTAN


Terbeliakkan mata korang, itulah menyesal aku tak hantar awal-awal dulu, kalau tak mesti ada yang dah tersangkut punya, ishkk rugi la plak.

Balik ni confirm-confirm pi singgah Giant beli air YEO’s berkarton-karton ek, nak menang punya pasal


Website Yeo's Malaysia :

Facebook Yeo's Malaysia :


Sebahagian gambar yang tak de watermark tu, aku ambil daripada kengkawan blogger lain ye bebudak team Denaihati Network. 



6 comments :

mama tisya said...

mmg best..sy pn dh menang rm100...tgh tgu cek

ietams said...

puas minum yeos..

Rinna said...

Good luck yer LP.. Moga berjaya dpt hadiah yg menarik. TQ share info pasal ini.. :)

akubiomed said...

Boleh dikatakan hampir setiap menghantar penyertaan di WeChat. Harap dapat menang dengan penyertaan mudah ini.

suwara entertainment said...

saya pun suka sgt minuman yeo's. nak2 teh bunga dan teh kundur..sedap gilos!

adam said...

selalu beli yeo's tapi tak simpan kotak. baru2 ni wife remind suruh simpan kotak for this contest. baru hntr hrp2 ada rezeki menang.